Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Balik Kampung Part 1- Anak-Anak explorekan diri


Salam...
Hari ni baru nak update blog..
Makin lama makin sunyi.
Blog pun dah tak menarik lagi..

Khamis lepas umi dan anak-anak telah pulang ke kampung.
Kali ni tak memandu sendiri tapi en suami hantar je pastu dia balik.
Tapi best sebab cuti lama dari khamis sampai ahad(semalam).
Puasla anak-anak main kat kampung.


Hari pertama dorang dah explorekan diri.
Lepas je mandi dan balik makan sarapan pagi kat kedai mak terus main kat kawasan luar rumah.
Adha suka benar dengan penyakar opahnya.
Almaklum kat rumah mama mana nak cari cakar macam ni.,
penyapu baisa adala.


{apala yang di langutkan si adha}




Si adik jugak tidak terkecuali.
Explorekan diri walaupun jatuh berkali-kali.
Akibat tergelincir..
nangis kejap sambung balik.
Ini budak je takda kena gigit nyamuk.


Si kakak cengeng bila balik kampung.
Lebih dari adik.
tapi kalau kat bandar diala lasak si adik pulak cengeng.


Lihat penyapu cakar dengan adha takleh pisah.
habis bunga opahnya dia pukul dengan cakar..



Si abang mengajar adik-adik cara guna penyakar.

Sampai pokok pisang pun dia sapu...

Buah kelapa pun jadi mangsa dia..



Si kakak dah lari masuk rumah.
Sebab apa???





Membuang air besar.
Dia memang kalau berak mesti lari jauh dari orang.
Dah siap baru panggil...


*** seronok tengok anak-anak happy. tapi satu je dorang takut bila balik kampung...apa dia???