Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Main Di Dataran Shah Alam


Gambar tak banyak ini pun kawan yang tangkap..
Sebab handset MA tinggal kat rumah tengah caj.
bateri kong sudah dibuat oleh adha.
Dok main game bola kampung sahaja...

Ternganga mulut MA menjerit panggil adha.
Main bola jauh sangat.
Si twin ni kalau mama dia tak join main sekali jangan harapla dorang nak main.
Melepek la kat mamanye.

MA singgah beli mcd kat seksyen 2 buat bekal anak-anak makan.
dorang suka kentang pusing-pusing tu..
beli 2 paket besar habis dimakannye



Gambar MA lari anak.
Berkejar main bola dengan si adha ni.
Bila mama berhenti dia marah..
makin kurus dibuatnye.



Pink Yang Tak Boleh Di Pisahkan Dengan Anak gegirl


Wah anak gegirl mesti baju yang korang pilih mesti banyak kaler pink kan.
Tak kisahla baju/seluar/dll.
Mesti banyak koleksi pink..

Baju kat atas ni MA beli murah punya je.
tak mampu nak beli mahal2.
Janji anak-anak ada pakaian.
Beli waktu sale dalam giant baru ni..
2 set ni tak sampai rm40...


Gambar ni hari sabtu petang.
Pink lagi!!!
dalam kereta ontheway nak gi hantar sabun ke puchong..
Baju beli kat carefour.. Murah2 je rm 20 sepasang...



Ni gambar semalam.
tengah bersiap nak gi jalan-jalan dengan kawan mama.
baru lepas mandi.
Pink jugak...
baju beli kat giant 1 set rm 2+.

(*** anak korang pakai baju jenama2 ke???

Bermain Di Dalam Giant Seksyen 13


Hari sabtu hari jalan-jalan bersama anak-anak..
Jalan gi mana?
jalan-jalan sambil menghantar sabun orang order.
anak-anak adalah peneman setia mama meniaga secara kecil-kecilan..
sampaikan bila naik kereta ada cakap ::

" mama nak gi hantar sabun ye"...


Alang-alang hantar sabun berdekatan dengan giant 13,
MA bawak anak-anak masuk dalam tu.
tak sangka pulak ada mainan ni dalam giant tu.
selalu pergi MA just beli barang dan main gelongsor depan kfc tu je..
Sekali nak gi beli mcd tengok mainan ni ada.
Depan kedai courth mamorth...
caj masuk rm 5 satu kepala..



Mula-mula just masukkan adha je..
almaklumla kembar takkan main jika mamanye tak masuk sekali.
Kalau mama masuk total bayaran semua rm 40..
Mahal benar.
Tapi oleh kerana kesian tengok si wiwin nak main.
MA bayar jugak.
Tapi just 15 ringgit je.
Mama masuk free. Bolehla snap gambar dorang main..

balik je dari sini, dorang mandi minum susu terus lena.
MA masak kat dapur sedar-sedar senyap je depan tv..