Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Twin::: Cuba Teka Mana Kakak Mana Adik


Budak yang payah sangat nak ikat rambut.
bila ikat dia bukak.
akhirnye rambut depan dah gondol.
Mama potong sakit mata tengok rambut dorang tutup muka...

Aktiviti Hari Minggu::: Masak-Masak Kat Rumah

Bila hari tak berkerja inila aktiviti MA kat rumah selain dari menghantar produk sabun ke customer..
MA memang minat memasak sebab MA suka lihat my mum masak.
Tapi takla sedap sampai bleh bukak kedai makan.
Jadila dari takda kan.
Janji anak-anak dan suami makan.
Itupun dah menggembirakan hati.



Sekarang si anak bujang dia dah pandai request nak makan apa...
so sarapan pagi2 sekarang MA akan buat bihun goreng, mee goreng atau spaghetti.
Sebab dia lebih suka ke arah makanan berunsur mee.
Kalau tak sempat masak(kes bangun lewat) dia mintak roti sapu jem je.
So tiap2 minggu MA akan restock semua barang-barang ni...



Menu tengah hari MA akan buat apa yang ada dalam peti je.
Kat atas 2 gambar daging gorng kunyit sama kacang panjang dan rendang ayam.
Ini makanan kegemaran en suami.
Satu lagi kari tak kirala kari ayam or ikan.
Memang bertambah nasi dia makan.

Kembar dia lebih suka ke arah makanan berkuah.
So MA akan buat sup ayam atau sup sayur makan dengan nasi.
Kalau tak wat bubur nasi ala mcd...

*** korang macam mana pulak... apa aktiviti korang hari minggu...