Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Sabtu

Beriadah Di Tahun Baru


Inila aktiviti anak-anak MA di cuti tahun baru.
Main bola di padang dataran shah alam.
Malam tahun baru padang ni penuh dengan umat manusia.
Sambut tahun baru.
Tapi MA tak pergi pun.
Duduk di rumah lagi bagus.

MA suka datang sini sebab anak-anak bebas bermain.
Berlari sana kemari.
Main bola, main kejar-kejar.
Ada jugak aktiviti mengeluarkan peluh.

MA tak suka bawak dorang main kat taman tasek shah alam.
Sebab terlalu ramai kanak-kanak.
Twin nak main pun MA takut sebab budak besar pun main sama..
So inila aktiviti MA dengan anak-anak di hari cuti tahun baru...