Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Bermasker muka

Alkisah baru berlaku kejap je tadi... Memang dah lama dah teringin nak beli dan pakai. Asyik jumpa yang online je kan so terbantut la niat nak membeli dan memakai.

Malam tadi adik bongsu umi ajak gi uptown shah alam yang xjauh dari rumah(jalan kaki pun sampai) tu. Jalan-jalan sampaila kat satu gerau jual produk kecantikan. Sementara adik memilih seluar umi berhenti kat gerai tu. Sekali nampaklakan mask ni. Murah pulak tu. Rembat 10 dengan harga rm1 setiap satu.

Balik dari uptown bagi tido anak-anak dulu. Kalau tak habisla dorang menangis tengok muka mamanya hitam. Sebab pernah jadi satu kejadian si kakak lari ketakutan langgar pintu bilik. Kesian kat dia.

Bila anak dah tido umi pun operasikan la muka yang dah memang xberapa nak cantik. Pakainya memang senang cuma likat je sikit. So korang boleh pilih nak.letak satu muka atau letak kat tempat korang suka.

Dah siap.letak biarkan la dia kering... ops!!! Jangan pulak korang letak dekat dengan kawasan berbulu ye.. kang hilang semua bulu korang.

Bila dah kering part membukanya umi tak berapa suka. Kenapa?

♥ ia amat menyakitkan.. huhuhuhu pedih je rasa kulit muka bila kita tarik mask tu. Mungkin sebab dia tarik sekali bintik2 hitam yang ad di muka kita.

Sakit-sakit pun umi puas hati. Sebab kulit muka xrasa macam.kertas pasir lagi. Tiada lagi biji kat muka.

Insyallah minggu depan umi buat lagi. Sayangla kan dah beli 10 xkan nak buang pulak...

Tiada ulasan: