Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Balik Kampung Part 3-- Kawan akad Nikah

Sambung....
Lepas balik dari taman permainan.
Malam tu umi pergi rumah kawan yang akan berlangsung upacara akad nikah malam tu.
Kawan umi ni, umi kenal sejak sekolah lagi.
Mak dia bukak kedai makan dulu, tender kantin sekolah.
Kalau dulu cuti sekolah umi kerja kedai maknya la.
Cari duit nak beli baju sekolah.

Sekarang familynya bukak bisness catering.
Sedap masakan maknya.

Jom layan gambar masa majlis berlangsung.
Kembar umi tak bawak sebabnya kembar umi dah tido.
So tinggal dengan my mum je kat rumah.
Senang kalau anak tido awal ni. 
Boleh mamanya gi makan kenduri.
Tapi takleh amal selalu ye!!!




Canti manis je kawan umi ni.
Namanya izzati.
Anak sulung dri 5 beradik.
anak yatim kerana ayahnya telah kembali menghadap ilahi.


Berdebar barang kali saat menanti bergelar status seorang isteri.
Menanti dengan sabar.



Saat akad nikah dijalankan.
test sekali.
Dan akad nikah hanya dilafazkan sekali sahaja terus sah menjadi suami kepada sahabatku.


Tangisan seorang ibu saat anak gadisnya menjadi isteri orang.
Bergenang jugak air mataku saat gambar ini diambil.


bacaan doa selepas majlis selesai.
Amin...
Semoga berbahagia ke hujung waktu.


Upacara membatalkan air sembahyang.
Banyak sebenar gambar umi tangkap.
tapi pilih yang terbaik untuk di letak dalam blog.



Gelang emas sebagai hantaran.


Wang hantaran dalam bentuk check.
Dan terselit wang seringgit je dalam frame tu...


Bergambar dalam bilik lepas majlis tamat.
Umi dah tak tunggu sampai habis.
Mak dah kol kembar nangis kat rumah.
Sempat makan kejap pastu balik rumah..


*** sambung selepas ini gambar bersanding pulak...

1 ulasan:

sumysya berkata...

Salam kenal..sila la jengah blog sya..