Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

warded 3

Carta apa ni???

Isnin

Warded 2

Setelah hampir setahun lebih si twin adik tak.masuk wad akhirnya masuk jugak gara2 asma telah menyerang. kali ni memang tak dapat nak di elakkan dengan pergi klinik ambik gas je....

berpunca dari deman sejak khamis 13/6/2013 yang on off disertakan sekali dengan lelah yang datang menyerang malam isnin 16/6/2013 membuatkan keadaan bertamabh teruk. malam tu muntah sebanyak 6 kali asal batuk muntah pastu penat. Nauzubillah malam tu memang nafas adik laju sangat. Bertawakal sahaja umi.malam tu kebetulan suami tiada malak tu.

Pagi esoknye umi bawak pergi klinik kesihatan seksyen 19 sahaja. Dalam hati hanya nak.check.darah dengan ambik nap. Tapi andaian umi salah sebab doktor buat surat rfer ke hospital sebab nafas dia laju...

Ambik surat doktor balik rumah terus kemas baju. Tapi baju adik je. Baju mama keterlupaan nak kemas dan ingat tak masuk wad. Samapi hsptl terus refer ke zon kuning. Masuk ambik gas dan terus hantar wad.

Dah masuk jadi.masalah pulak bila si abang dan sikakak masih kt rumah pengasuh. pengasuh dah bagitau sampai jam 9 malam je blh jaga. kalau lewat dia dah nk tido. Serabut kepala jadinya. Suami lewat lagi sampai sebab masih kat pahang. Mahu ke tidak.umi memang kena balik ambik dorang.

umi tinggalkan adik yang tengah tido sebab nak balik ambik anak2.Elok sampai tol nurse dah kol adik.dah nangis. Rushing umi drive tak sempat jugak singgah rumah nak ambik baju umi. Lepas ambik anak2 terus ke hospital balik. Sampai wad adik masih nangis... huhuhu.

Hari pertama kat wad memang agak.kelam kabut. sorang diri handle semua sementara nak tunggu suami sampai...

.... sambung lain n3...

WARDED

Jumaat

Testimoni Diri Sendiri ---- Set Natural 99 + sabun Metal Fortis




Dulu umi rasa dah pernah pos entry pasal produk ni.
Tapi nak up lagi sekali.
Okey baru-baru ni produk "bedak arab" telah melanda malaysia.
Oleh kerana terpengaruh makanya umi pun guna jugak.
Memang tak nafikan segala jerawat semua tersembunyi bila pakai bedak arab ni.
Satu lagi bedak ni memang senang pakai,
So kalau bangun nak pergi kerja dah lewat tu pakai je bedak arab tu kan.
Tidak susah nak pakai cream bagai.

Tapikan, baru-baru ni bedak tu dah hbis kat tangan umi.
Nak guna pun takda stock.
Tunggu stock baru sampai lambat lagi, nak beli mahal sangat.
Tak sanggup tau beli online mahalnya 2 kali ganda dari beli borong.

Akibat tiada bedak arab makanya muka ni naik mencanak jerawat halus.
Lihat gambar yang tak pakai tudung tu, nampak jerawat halus bermaharaja lela dimuka.
Bertambah tak comel waaaaaaaaaa...
Sampai my mum tegur kenapa muka penuh jerawat.

Kerana nak tunggu jugak stock bedak arab sampai dari pembekal ku try minum aurawhite.
Bukan bertambah kurang tapi makin naik mencanak.
Kalau basuh muka terasa biji-biji jerawat.

Oleh kerana tak sanggup lagi melihat muka macam ni, umi start balik pakai "Set natural 99 + sabun metal fortis kaler hijau).
Alhamdulillah, jerawat halus makin kurang.
Gambar pakai tudung 1 minggu lepas guna.
Akhirnya muka ku ni kena guna produk murah je baru rasi.
Lepas ni jangan gatal nak guna produk bukan-bukan.

So kepada yang nak try boleh whatsapp umi:
0104263496




Dia Mari 3 Sekali


Time mood nak update blog ke laut ni, boleh dia mai 3 serentak pulak.
Lihat si jari kakak say no.
Hahahahaha.
Dia nak wat peace tapi tak jadi.
Dah pandai nak bergambar.
siap laga pipi dengan mamanya,
Bila di tanya anak sapa jawan dengan laju anak "AYAH"...
Adoi! anak ayah la sangat ye kakak.
Ayah mai tido sebelah atau kacau dia meraung tak ingat dunia.


termenung memikirkan BE yang mai sekali gus.
Selalu tengok entry orang je bercerita BE mai banyak-banyak.
jelous dalam hati tu tetap ada.
Tapi kena batang hidung sendiri dah panik sebab tak citer yang best nak publish
Huhuhuh

Rabu

Balik Kampung Part 3-- Kawan akad Nikah

Sambung....
Lepas balik dari taman permainan.
Malam tu umi pergi rumah kawan yang akan berlangsung upacara akad nikah malam tu.
Kawan umi ni, umi kenal sejak sekolah lagi.
Mak dia bukak kedai makan dulu, tender kantin sekolah.
Kalau dulu cuti sekolah umi kerja kedai maknya la.
Cari duit nak beli baju sekolah.

Sekarang familynya bukak bisness catering.
Sedap masakan maknya.

Jom layan gambar masa majlis berlangsung.
Kembar umi tak bawak sebabnya kembar umi dah tido.
So tinggal dengan my mum je kat rumah.
Senang kalau anak tido awal ni. 
Boleh mamanya gi makan kenduri.
Tapi takleh amal selalu ye!!!




Canti manis je kawan umi ni.
Namanya izzati.
Anak sulung dri 5 beradik.
anak yatim kerana ayahnya telah kembali menghadap ilahi.


Berdebar barang kali saat menanti bergelar status seorang isteri.
Menanti dengan sabar.



Saat akad nikah dijalankan.
test sekali.
Dan akad nikah hanya dilafazkan sekali sahaja terus sah menjadi suami kepada sahabatku.


Tangisan seorang ibu saat anak gadisnya menjadi isteri orang.
Bergenang jugak air mataku saat gambar ini diambil.


bacaan doa selepas majlis selesai.
Amin...
Semoga berbahagia ke hujung waktu.


Upacara membatalkan air sembahyang.
Banyak sebenar gambar umi tangkap.
tapi pilih yang terbaik untuk di letak dalam blog.



Gelang emas sebagai hantaran.


Wang hantaran dalam bentuk check.
Dan terselit wang seringgit je dalam frame tu...


Bergambar dalam bilik lepas majlis tamat.
Umi dah tak tunggu sampai habis.
Mak dah kol kembar nangis kat rumah.
Sempat makan kejap pastu balik rumah..


*** sambung selepas ini gambar bersanding pulak...

WW-{Rumah Penuh Kenangan}


Rumah my mom kat kampung.
rumah bantuan pprt sahaja.
punyai dua bilik kecil.
muat kami 5 beranak masa kecil..


Rumah arwah moyang kembar aka opah umi.
Rumah penuh kenangan manis dan pahit.
Umi dibesarkan dirumah ini sebelum pindah rumah sendiri.


Selasa

Balik Kampung Part 2 - Bermain Di Taman (tasek Raban)


Gambar sebelum pergi ke taman.
Singgah sebentar di rumah arwah moyang si kembar. Tak jauh pun sebelah rumah my mom jugak.
Sekarang rumah ni disewa oleh orang kampung umi.
Daripada terbiar baik sewakan terjaga jugak.
Ada yang mintak nak beli tapi takkan dijual.
Rumah yang banyak kenangan waktu umi bidak-budak.


Gambar pertama di snap bila sampai taman.
Terus buaian jugak ditujunya.


Si abang pun sama mintak naik buai.
Alhamdulillah dah pandai buai sendiri.







Oleh keran buai ada dua je si kakak paksu layan main gelongsor.
seronokla dia.
Sebenarnya twin kalau naik gelongsor yang rendah dia dah pandai turun sendiri.
Tapi ini pertama kali main dengan paksunya, tula sebab paksunya pegang sampai ke turun.



Masa ni adik dah sibuk nak join jugak.
Sebab mama dah tinggal dia kat buai nak snap gambar kakak pulak.
Adik mana boleh mama takda nangisla kang dia tu.


Kabur la pulak gambar si adha main gelongsor.
Laju benar turunnya, tu la jadi kelabu.
Tak sempat tangkap gambar paksunya turun sekali jugak.



Dah puas main gelongsor main pulak jongkang-jongkit.
Naik dengan turun je dorang tak lepas lagi.
Tapi bab ngenjut benda alah ni dua-dua dah terer.
mama tengok dari tepi je la.


Paksu layan adha main kat sebelah sana.
Kanak-kanak ribena main sekali dengan budak-budak.


Harusla gambar mama nak di letak jugak.
Gambar tanpa makeup.
badan makin kurus.


Gambar kakak.
paksu panggil gemuk..



Gambar adik..
dia maintain je badan macam mamanya.


Gambar 3 beradik.


gambar bersama paksu



Harusla bersama mama kena ada.


Last sekali...
Gambar kakak bersama paksu.
Kelakar tengok gambar ni sebab ada kenangan disebalik gambar ditangkap.

Isnin

Balik Kampung Part 1- Anak-Anak explorekan diri


Salam...
Hari ni baru nak update blog..
Makin lama makin sunyi.
Blog pun dah tak menarik lagi..

Khamis lepas umi dan anak-anak telah pulang ke kampung.
Kali ni tak memandu sendiri tapi en suami hantar je pastu dia balik.
Tapi best sebab cuti lama dari khamis sampai ahad(semalam).
Puasla anak-anak main kat kampung.


Hari pertama dorang dah explorekan diri.
Lepas je mandi dan balik makan sarapan pagi kat kedai mak terus main kat kawasan luar rumah.
Adha suka benar dengan penyakar opahnya.
Almaklum kat rumah mama mana nak cari cakar macam ni.,
penyapu baisa adala.


{apala yang di langutkan si adha}




Si adik jugak tidak terkecuali.
Explorekan diri walaupun jatuh berkali-kali.
Akibat tergelincir..
nangis kejap sambung balik.
Ini budak je takda kena gigit nyamuk.


Si kakak cengeng bila balik kampung.
Lebih dari adik.
tapi kalau kat bandar diala lasak si adik pulak cengeng.


Lihat penyapu cakar dengan adha takleh pisah.
habis bunga opahnya dia pukul dengan cakar..



Si abang mengajar adik-adik cara guna penyakar.

Sampai pokok pisang pun dia sapu...

Buah kelapa pun jadi mangsa dia..



Si kakak dah lari masuk rumah.
Sebab apa???





Membuang air besar.
Dia memang kalau berak mesti lari jauh dari orang.
Dah siap baru panggil...


*** seronok tengok anak-anak happy. tapi satu je dorang takut bila balik kampung...apa dia???