Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Belajar Menulis




Sejak  cuti sekolahkan ini budak payah benar nak tido awal.
ada je benda dia nak main.
So dari dia main pastu bising MA suruh dia buat homework.
Buku beli sendiri je yang sekolah takda pulak cikgu bagi bawak balik..

1 malam 2 muka surat dia kena buat.
Masa mula beli buku ni dia bukak dia tengok.
Terus dia cakap kat MA:
" mama, cikgu ata(kata) buat titik-titik"..
Sambil gaya tulis ikut atas titik.
Alhamdulillah dia masih ingat apa yang cikgu kat sekolah ajar.

Tapikan bila MA suruh dia buat ada je dia bunyi.
Mengantukla, laparla, gatal, nak susu, nak kencing, letih Dll...

Mencabar jugak rupanya nak ajar anak wat homework..
Baru sorang belum kembar lagi...

Jumaat

Aktiviti Pada 1 May 2013

 Dah masuk 10 haribulan baru nak update entry pasal cuti hari buruh..
Adeh!!! apa nak jadila.
Makin lama makin malas nak update blog.
Padahal berlambak gambar dan cerita nak dikongsikan.

Cuti hari buruh baru ni, MA bawak anak-anak mandi kolam kat putrajaya je.
Tu pun pergi dengan akak yang ku sayang...
Dia jugak punyai anak kembar perempuan kini berusia 7 tahun.
Cantik anaknye macam anak mamak.
Jadi kite layan gambar je la ye.
Gambar MA non ada sebab apa?
Tidak sesuai kot nak ditayangkan disini,



Dalam gambar ni ada adha je yang main dengan anak akak tu.
Yang baju putih tu pekerja kedai kakak.
Berbalik citer dalam gambar ni.
Adha baru berani nak masuk kolam ni.
Penakut dia ni kalau korang nak tau.
Padahal kat rumah mandi jugak kolam tapi kolam plastiklakan.



Puas diajak masuk tapi taknye nak turun.
Tapi lama-lama dia pulak yang taknak naik...



Ni gambar twin kakak dengan twin adik anak MA.
Mana MA???
Dekat sebelah sana pegang si kakak.
Nampak tak si adik meraung/menangis ...
Huhu malu owh twinku menangis bagai di pukul bila bawak masuk dalam ni.

MA mandi pun dorang nangis dorang mandi pun dorang nangis.



Adeh gambar dah tak ikut urutan  dah ni..
Pelasah je la ye...
sepatutnya gambar ni di atas.
Anak si kakak tengah ajak si adha mandi.
Tapi dia larikan diri.


Inila anak kakak ku itu.
Seronok je tengok dorang mandi.
Sampai tak nak naik.


Bergambar lagi.
Pelampung biru tu pelampung my twin, dah dorang tidak mahu mandi makanye di pelasah oleh budak besar.
Satunye dah koyak dibuatnye...



Ini gambar  paling jelas twin adik nangis taknak berhenti.
Si kakak dah senyap tapi masih cebek orang tua-tua cakap..
Anak korang macam ni tak???

Sekian entry kali ini...

Rabu

Sepetang Melayan Anak-Anak


Gambar petang isnin baru ni.
Selangor kan cuti semepena PRU baru ni.
MA tak kemana pun sebab badan tak sihat...
So layan anak-anak main depan rumah je la.

Ni first time MA lepaskan dorang main basikal atas jalan.
Selalunye main kat kawasan parking kereta.
Kebetulan hari tu rumah hujung kawasan rumah MA paip bocor so sybas tutup jalan sebab nak baiki...
Tu la dorang dapat main basikal atas jalan ni dengan aman.
Sampai ajak masuk pun tak mau...