Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Sabtu

Baby Baru.... (Rindu Bau Baby)


Comel tak baby ini???
Tembam dan putih.
Tak macam orang yang dukung tu, gelap dan keding.
Hahahaha.
Ambik berkat mana tau ada rezeki nak dapat baby boy pulak kali ni..
Sungguh ku rindu bau baby waktu lahir.
Orang kata bau syurga...

Berangan nak tambah anak, tapi kembar dan adha ni pun dah tak terkawal.
Tapi kalau ada rezeki insyalllah MA terima dengan hati terbuka.
Huhuhuhu...

Inila Rupa Bila Stock Hari-Hari Masuk


Salam..
Inila perniagaan sampingan umi sekarang.
Alhamdulillah permintaan yang tak pernah putus.
Hasil tunjuk ajar dari kakak yang banyak mengajar umi tentang bisness ni.
Buat pengetahuan kawan-kawan inila gambar sebenar hari-hari stock masuk.
Tempat ni kat kedai kawan umi yang jugak kakak yang umi maksudkan.

Bukan nak riak atau takbur.
Dengan meniaga sabun kami dapat keuntungan cecah 1k atau lebih tiap2 bulan.
Memang nampak renyah ye la botol berat 10kg.
pastu nak angkat, nak hantar dan susun.
Tapi bila dapat income sebulan lebih dari 1k sapa yang tidak suka??
Anda tidak mahu mencari pendapatan sampingan yang lumayan.

Untung ada rugi tidak akan anda jumpa.
Kenapa umi mengatakan begitu?
Kita menjual produk yang orang akan sentiasa guna, dan sentiasa orang akan beli.
Tidak akan ada sedikit kerugian yang anda terima.
percayala cakap umi.

Umi mula modal dengan rm500 sahaja.
Serius umi tidak menipu anda.
Duit tu umi pinjam dengan kawan dalam fb.
Umi tidak pernah jumpa tapi dia berikan kepercayaan pada umi untuk mulakan bisness ni.
Alhamdulillah dengan modal sebanyak rm500 umi dan mampu mengorak langkah.
Kadang-kadang order sehari melebihi 1k punya modal.

Anda mahu mencuba.
Tidak perlu bukak kedai.
jual online dalam fb sahaja isyallah berjaya.
Jangan kata dalam diri dah ramai jual so payah nak dpt customer.
Jika anda jual dalam fb anda mempunyai rakan sendir.
so dengan rakan anda itula anda dapat mencari customer.

Jika berminat sila
Mesej/whatsap/telefon ke
0104263496
Ummi.

Sedia membimbing anda dari bawah.
sample produk disediakan..

Canvas Photo Yang Pertama


Ku abadikan foto 1 family buat kali pertama..
Terukkan MA..
hahahah.
serius MA cakap dalam rumah MA takda langsung Frame gambar.
Semua MA simpan dalam handset dan pendrive..

So bru ni canvas d'arte ada wat promosi photo canvas.
Semua saiz ada potongan diskaun 50%.
Harga dah termasuk post laju.
Alang-alang ada gambar menarik nak di printkan.
MA tempah la satu.
Saiz ni sekarang tengah promosi rm 50 sahaja.
Serius MA cakap, gambar yang cantik, kemas, tidak ada bekas tangan dan tidak mudah lekat habuk.
Sekarang masih berjalan promosi.
Kalau kawan - kawan nak order klik je nama canvas d'arte ini...

Isnin

Kisah Botol Susu Si Kembaq


Selalunye 3 beradik ni minum susu guna botol murah je pureen.
Pernah la beli botol mahal sikit tapi tanye nak minum.
marah sebab susu lambat keluar, botol tu ada 2 puting.
so kena hisap kuat sikit bru keluar last2 bagi org je botol tu.

Semalam ke giant nampak botol comel kat atas ni
Kaler pink tu yang menarik perhatian.
Idakla mahal benar botol ni.
2  Biji botol baru rm 10 ringgit.
Nak beli 3 tapi si adha confirm tak mau punya.
Dia suka botol dia satu tu je la
Pureen punya jenama.

After dah balik rumah, MA basuh botol tu, pastu just rendam dalam air suam.
Yela kan botol baru beli takkan nak terus guna bagi kembaq minum.

First bagi kat twin dia tengok dah peliik.
Risau dah hati mama takut dorang tak mau minum...
Tapi alhamdulillah dia nak minum.
Minum tu pun sekejap dia hisap sekejap dia angkat last2 tido susu tak habis.
Kesian pulak tengok!!!

After dorang tido MA basuh botol tu tukar balik pakai botol pureen.
Sebab apa???

dorang mengamuk dalam tido bagi minum pakai botol tu,
Adeh, macam2 kerenah anak ni.
So botol baru kite pakai bawak gi jalan ye

Kalau Dah Namanye Kembaq Gaya Tido Pun Sama Sahaja


Sori gambar kabur...
Nila gaya twin tido malam tadi..
Sama tak atau hampir sama???
Selalunye gaya tido dorang sama tapi takleh dok dekat-dekat.

Bila terjaga nak susu ikut suka hati depa je nak hentak kaki.
Tak kira tang mana duduk.
Kalau dekat confirm kena salah sorang.
Dari seorang je nangis last-last dua-dua dok pakat nangis tengah malam.
akhirnye kepala mama yang pusing..

Korang perasan tak???
Cuaca panaskan sejak akhir - akhir ini.
Jangan katakan MA panasa anak-anak lagila..
Tak tido lena dibuatnye.
Berpeluh kepala dan badan dorang...



Selasa

Cuti-Cuti Malaysia- Teluk Kemang (part last)


Part last memang langsung tak banyak gambar.
waaaaaaaaaa
Kami keluar dari rumah penginapan jam 10 pagi.
awalkan?sebab en suami ajak checkout awal ada keje katanya.

Gambar first MA tangkap atas kerusi dalam rumah.
Itu je ada gambar kenangan dalam rumah sewa.
Ntah kenapa tak tangkap gambar rumah kami duduk.
serius duduk rumah tu memang puasa hati...

Ada katil,aircond, mesin basuh, rice cooker, pemanas air,beras, teh, pinggan mangkuk.
Dan banyak la lagi dorang dah letak.
Tilam / toto pun banyak.
So memang puas hati.
Astro je non ada ye.


Ni gambar kat pantai mana ntah.
MA lupa.
Singgah sekejap masa ontheway nak balik.
Pantai ni takleh mandi tak taula sebab apa.
Muka takleh blah sebab menghadap panas.
so semua berkerut muka.

Habisla sudah cerita cuti-cuti malaysia kami.
So next plan sebelum puasa kami nak gi jalan - jalan lagi...

Isnin

Tahniah Fasha Sandha----- Comel anaknye


Cuti-Cuti Malaysia- Teluk Kemang (part 2)





Tempat kedua kami tuju adalah zoo melaka.
Nak tunaikan hasrat si adha nak tengok gajah, harimau dan ziraffah katanye.
Ni gambar dalam kereta.
si kakak yang comot.
2 beradik kena selsema yang masih belum sembuh sepenuhnye.
Itu jugak salah satu sebab jadi tak mandi laut.
Kih2...



Lupa pulak nak snap gambar entrance zoo melaka.
Tak ramai sangat org.
Pembelian tiket yang cepat.
Hanya bayar untuk MA dan hubby je.
Anak-anak free je..
Caj dikenakan rm 20.

Bird ni dorang letak kat depan pintu masuk zoo.
Wah cantik tau.
Burung merah tu elok MA bawak keluar handset nak tangkap gambar terus dia jalan slow-slow pergi tepi  sana.
Geram tengoknye.


Gambar 2 beradik je.
Si kakak taknak bergambar takut bila nak angkat letak atas ni.

Tempat pertama di tuju adalah kandang gajah.
sesi bagi makan dan bergambar.
Bergambar rm5
bagi makan rm 5

Satu pun MA tak ambik.
Nak bagi makan adha tknk pergi.
Takut, padahal dia yang beria nak tengok gajah.

Gambar 3 beradik yang susah benar nak tangkap.
ada je aktiviti dorang buat.
Suruh tengok kemera pun payah.





Si abang dgn adik.
Serabai sudah rambut.
Ikat dia bukak. so jadi mcm tu...





Kandang harimau.
Harimau tengah berendam seekor dan seekor lagi tengah tido.



Melihat monyet(nama lain panggil lain)>



Owh ye, kalau korang pergi sini korang kena kuat berjalan.
Jauh owh jlan dalam ni.
Kalau bawak anak pastikan ada stroller kalau tak letih korang nak dukung.
Jarak setiap binatang yang adha nak tengok jauh sangat2.,
naik bukit dan turun bukit.
Kalau nak senang naik train kat belakang tu.
Confirm semua binatang korang dpt tengok.




Membasah tekak dengan air miniral...

Lihatlah muka anak-anak dan MA yang dah penat berjalan.
Panas semua ada.
Masa ni dah tak larat nak jalan lagi.
Kesian adha tak dpt nak tengok ziraffah.
Kandang ziraffah lagi jauh ke atas.
Mama dan ayahnye dah penat...
Nasib baik dia faham.


Gambar kera terlepas.

Non ada gambar 1 family.
Sebab si suami bukan suka bergambar.
Habis je kat zoo melaka.
takda melancong tempat lain.
twin dan cranky habis + mengamuk sakan.
Terus balik ke pd semula.
Sampai rumah bagi mandi minum susu terus tido.

Petang sambung mandi kat pool kawasan kami sewa.
Mama je berendam anak-anak nangis taknak turun.
Tapi MA paksa jugak mandi.
Nangis jugak tappi biarkan je...
Huhuhu
Non ada gambar sebab en suami taknk tangkap...























Cuti-Cuti Malaysia- Teluk Kemang (part1)



Salam dan selamat pagi...
Hari jumaat-ahad kami 1 faimily bercuti di port dickson.
Tempat dekat je..
Janji bercuti..

Gambar kolam tu MA tangkap dari tingkat 2 appartment MA sewa..
Murah sangat-sangat.
Satu malam rm 70...
kalau hari biasa 1 malam rm 60.
Kira okeyla, kami anak-beranak duduk.
Selesa!!!





Pagi sabtu kami berjalan kat pantai teluk kemang.
Pergi jam 10 parking dah penuh.
wah, ramai orang datang.
tak silap kat pantai cahaya ada pesta air.
Tapi kami tak pergi pun, just jalan kat teluk kemang je.
Gambar ni kami ambik atas bot.
Bot ni bawak pusing kat pantai.
Sambil tarik orang atas banana bot.

Nak naik ni kena caj rm 40 katanye.
Selalu rm 80 tapi dia bagi half payment sebab waktu pagi kami orang first naik.
Dah alang2 datang kami sewa jugak.
anak-anak takut nak naik.
Adha sampai nangis kejap.
Tapi bila dah duduk dalam tu senyum pulak....

Kami tak mandi-manda pun kat pantai ini, walaupun siap beli pelampung nak bagi dorang mandi.
Tapi tak termandi, sebab dorang taknak turun satu, dan ayahnye tak nak join.
wahhhhhhhh takkanla MA sorang nak layan dorang mandi.
Kang tak terkejar owh nak layan.

So kami decide nak keluar dari PD dan jalan tempat lain..
Ke mana kami pergi nantikan entry berikutnye...

Jumaat

Anak Pemain Badminton Negara


Comelkan???

Jatuh Cinta Dengan Shawl Tribal





Sekali sekala letak gambar sendiri...
jangan marah na...

MA sudah jatuh cinta dengan ini shawl...
Kain sejuk, senang pakai, tak payah nak iron, dan mudah di bentuk...

Harga online dan harga pasaran rm 25 ke atas...
MA dapat ni dengan hanya rm 1+ je,..
terus rembat 3 helai...
MA suka tudung lilit sebab senang pagi2 just lilit je.
Tidak payah nak iron...

Khamis

Coklat Pintar Ibnu Sina Jenama D'Herbs

Terdapat dalam 2 perisa...


coklat pintar jenama D'Herbs

rm 30 termasuk postage(register)

kebaikan::::

::: Meningkatkan sistem imunisasi
::: meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan daya tumouan minda
::: sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas,remaja yang menghadapi peperiksaan,org dewasa yang suka pelupa dan warga emas
::: mempunyai antioksida yang tinggi 
::: 100% semula jadi dan tidak mempunyai lemak,kolestrol dan gula. sesuai untuk penyakit diabetis
::: disarankan membaca selwata 3x dan al-fatihah 1x serta doa dan niat sebelum mengambil tablet coklat pintar ibnu sina.

Cara makan:::

ambil 2-3 biji shari bila2 masa

Berminat sila whatsapp/msj/kol
0104263496


Rabu

Twin MA with Twin Senior


Gambar masa gi tengok mini concert ahad lepas kat alam megah..
Twin senior tu adalah twin geng partner bisness sabun..
Twin senior umur 7 tahun dah orangnye.
Kecik comel je...
twin MA paras pinggan dorang je...



Sudah Sakit Lagi Tergigit


Wah tajuk sudah sakit lagi tergigit..
Itula punca kenapa muncungnya mulut dalam gambar kat atas..

Sudah 2 hari bibir ni naik ulser.
puncanye tergigit jugak.
Last2 jadi ullser(mata ikan).
2 kali terrgigit makanya ada 2la ulser.
Dekat-dekat pulak tu..

Hari ni tengah sedap makan sarapan pagi walaupun pedih.
Sekali tergigit tempat ulser tu lagi.
Sakit tahan je.
Kali kedua tergigit terus sentap nak makan lagi.
Rasa bengkak terus bibir.
Tengok kat cermin ulser tu berdarah dan telah bercantum menjadi dua.
Makanye makin besarla ulser tersebut...

*** No mood untuk bercakap hari ini

Isnin

Payah Betul Mahu Tangkap Gambar Dorang Bersama


Inila kembar MA sekarang...
Sudah 2 tahun 1 bulan.
Makin bijak, dah mula pandai bercakap, dah mula melasak macam abangnye dan yang paling tidak tahan kuat bergaduh.
Adoi!!! Kalau tengok dekat badan 2 beradik penuh bekas gigitan depan belakang. tangan kaki.
Semua bekas gigit.

Kalau nak tangkap gambar 2 beradik ni lagila susah.
tengokla bagai aksi dorang bagi.


Al-Fatihah ::: Perginye Opah Tersayang dan Moyang kepada Anak-Anakku

29 March 2013 jam 3.30 pagi..
Perginya opah tersayang buat selama-lamanye akibat sakit tua..

Masih teringat segla kenangan bersama opah.
Walaupun mulut suka"membebel" ku tetap menyanyanginye.
Ku akan terus merindu segala masakan opah yang sedap.
"arca buah, ikan pindang, nenas cincang masak pedas"..

Opah yang rajin ketika dahulu.
suka menanam, suka mengaji, sembahyang, suka membersihkan rumah.
Rumput sekitar rumah payah nak nampak panjang.
Kini semua tinggal kenangan.

Al-fatihah buat opah yang tersayang.
Al-fatihah