Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Tiket Free Lagi.. Seronokla adha Lepas ni



Kali ni MA menang lagi 2 tiket wayang free..
Wah seronoknye.. Adha la paling seronok nanti.
Hari-hari tanya bila nak pergi tengok bola kampung..

Sabtu ni MA pergi tengok di MidValley...
jam 3.15 petang..


Selasa

Main Di Dataran Shah Alam


Gambar tak banyak ini pun kawan yang tangkap..
Sebab handset MA tinggal kat rumah tengah caj.
bateri kong sudah dibuat oleh adha.
Dok main game bola kampung sahaja...

Ternganga mulut MA menjerit panggil adha.
Main bola jauh sangat.
Si twin ni kalau mama dia tak join main sekali jangan harapla dorang nak main.
Melepek la kat mamanye.

MA singgah beli mcd kat seksyen 2 buat bekal anak-anak makan.
dorang suka kentang pusing-pusing tu..
beli 2 paket besar habis dimakannye



Gambar MA lari anak.
Berkejar main bola dengan si adha ni.
Bila mama berhenti dia marah..
makin kurus dibuatnye.



Pink Yang Tak Boleh Di Pisahkan Dengan Anak gegirl


Wah anak gegirl mesti baju yang korang pilih mesti banyak kaler pink kan.
Tak kisahla baju/seluar/dll.
Mesti banyak koleksi pink..

Baju kat atas ni MA beli murah punya je.
tak mampu nak beli mahal2.
Janji anak-anak ada pakaian.
Beli waktu sale dalam giant baru ni..
2 set ni tak sampai rm40...


Gambar ni hari sabtu petang.
Pink lagi!!!
dalam kereta ontheway nak gi hantar sabun ke puchong..
Baju beli kat carefour.. Murah2 je rm 20 sepasang...



Ni gambar semalam.
tengah bersiap nak gi jalan-jalan dengan kawan mama.
baru lepas mandi.
Pink jugak...
baju beli kat giant 1 set rm 2+.

(*** anak korang pakai baju jenama2 ke???

Bermain Di Dalam Giant Seksyen 13


Hari sabtu hari jalan-jalan bersama anak-anak..
Jalan gi mana?
jalan-jalan sambil menghantar sabun orang order.
anak-anak adalah peneman setia mama meniaga secara kecil-kecilan..
sampaikan bila naik kereta ada cakap ::

" mama nak gi hantar sabun ye"...


Alang-alang hantar sabun berdekatan dengan giant 13,
MA bawak anak-anak masuk dalam tu.
tak sangka pulak ada mainan ni dalam giant tu.
selalu pergi MA just beli barang dan main gelongsor depan kfc tu je..
Sekali nak gi beli mcd tengok mainan ni ada.
Depan kedai courth mamorth...
caj masuk rm 5 satu kepala..



Mula-mula just masukkan adha je..
almaklumla kembar takkan main jika mamanye tak masuk sekali.
Kalau mama masuk total bayaran semua rm 40..
Mahal benar.
Tapi oleh kerana kesian tengok si wiwin nak main.
MA bayar jugak.
Tapi just 15 ringgit je.
Mama masuk free. Bolehla snap gambar dorang main..

balik je dari sini, dorang mandi minum susu terus lena.
MA masak kat dapur sedar-sedar senyap je depan tv..



Jumaat

Kurang Sihat


Gambar tanpa edit....
Memang pucat, bibir kering dan pecah-pecah..
Gambar pagi tadi tengah menunggu bubur nasi kfc.
tapi tak jalan jugak.
Masuk semulut dah tak lalu nak telan..


Khamis

Tengok Wayang Bola Kampung The Movie


Ini gambar ditangkap masa tunggu cerita bermula...
Masa datang dan tunggu dalam ni adha dah ajak keluar...
Dia bosan kot.
Sebab masuk dalam ni awal sebelum kul 9.
Cerita pun ditayangkan agak lambat sedikit dari waktu.

MA belikan nugget untuk dia dan makanan lain untuk mama.
Best jugak wayang GSC pradigm mall ni.
Besar dan tempat duduk yang selesa.
Malam tadi kami boleh pilih nak duduk kat mana yang kami suka.
Kami ambik tempat duduk tengah so cntre la kan.




Bergambar dengan adha ni anak jiran depan rumah.
oleh kerana tiket dapat 4 so ajakla dia ikut.
lagipun MA bukan tahu jalan nak gi sini.


MA bercerita serba sedikit tentang Bola Kampung The Movie ni...

Cerita dia memang best bagi MA dan adha.
Manakan tidak adha tengok dengan kusyuk ajak keluar time cerita ditayangkan pun buat tak tahu.
Cerita ini lagi seronok dari upin&ipin the movie.
Serius umi cakap cerita ni tak membosankan.

Kalau kawan-kawan nak bawak anak gi tengok wayang.
MA syorkan tengok cerita ini..

Memang TERBAIK!!!

WW-Keganasan Berleluasa Dalam Rumah Sendiri


Hancur kulit wiwin"a"...

nak nangis bila tengok macam ni.
ad petua tak nak hilangkan kesan tu???

Rabu

Bedak Arab


Satu lagi produk MA jual...
bedak arab yang tengah famous sekarang.
Alhamdulillah MA sendiri pakai baru berani nak jual.

Kalau rakyat malaysia dia banyak guna kaler cherry dan orange.
MA pakai orange colour..

Harga murah2 je MA jual..

Untuk berat 50g..

Rm 45 termasuk postage.
rm 40 cod sahaja di sekitar shah alam..

Berminat whatsapp / kol/ sms 0104263496

Selasa

Twin::: Cuba Teka Mana Kakak Mana Adik


Budak yang payah sangat nak ikat rambut.
bila ikat dia bukak.
akhirnye rambut depan dah gondol.
Mama potong sakit mata tengok rambut dorang tutup muka...

Aktiviti Hari Minggu::: Masak-Masak Kat Rumah

Bila hari tak berkerja inila aktiviti MA kat rumah selain dari menghantar produk sabun ke customer..
MA memang minat memasak sebab MA suka lihat my mum masak.
Tapi takla sedap sampai bleh bukak kedai makan.
Jadila dari takda kan.
Janji anak-anak dan suami makan.
Itupun dah menggembirakan hati.



Sekarang si anak bujang dia dah pandai request nak makan apa...
so sarapan pagi2 sekarang MA akan buat bihun goreng, mee goreng atau spaghetti.
Sebab dia lebih suka ke arah makanan berunsur mee.
Kalau tak sempat masak(kes bangun lewat) dia mintak roti sapu jem je.
So tiap2 minggu MA akan restock semua barang-barang ni...



Menu tengah hari MA akan buat apa yang ada dalam peti je.
Kat atas 2 gambar daging gorng kunyit sama kacang panjang dan rendang ayam.
Ini makanan kegemaran en suami.
Satu lagi kari tak kirala kari ayam or ikan.
Memang bertambah nasi dia makan.

Kembar dia lebih suka ke arah makanan berkuah.
So MA akan buat sup ayam atau sup sayur makan dengan nasi.
Kalau tak wat bubur nasi ala mcd...

*** korang macam mana pulak... apa aktiviti korang hari minggu...

Isnin

Mengamuk Secara Berjemaah


Inila rupa budak kembar ni bila mengamuk secara berjemaah.
huhuhu..
baru lepas main ketuk kepala dengan botol susu.
Botol susu kakak dah hbis nak berebut dgn adiknye punya,
apa lagi berlakula adegan ketuk - mengetuk satu sama lain.

Jumaat

100 % free Diapers


Akhirnye si adha dah free diapers..
Tahniah buat anak mama..

Sebenarnya dah nak masuk minggu kedua dia dah tak berpempes langsung.
Sebelum ni siang je dia tak pakai diapers.
Malam confirm pakai sebab terbabas kes malas bangun gi toilet.
satu lagi kalau nak popoo dia mesti mintak pakai diapers...

Sekarang alhamdulillah dia dah tak pakai dan tak mintak pun nak pakai.
Nak popooo masih gagal untuk dia berak dalam jamban,
Tapi dia rela berak kat luar(laluan air kat ruang parking)...
okeyla kan dari dia nak buang dalam diapers.
Mama just sembur air je buang itu najis...

Sekarang tinggal si twin je nak latih..
setakat ni asyik terbabas je.
bila dah kencing dan popoo baru tunjuk kat mama..
Nak latih twin perlu kesabaran sebab kena handle 2 sekali..



Khamis

Rezeki Menang 4 Tiket Tonton Bola Kampung The Movie


Alhamdulillah...
setelah berkali-kali cuba sms tak menang-menang.
Kali ni akhirnye berjaya..
Terima kasih suria fm..
Atas hadiah 4 tiket tonton BOLA KAMPUNG THE MOVIE..

Boleh bawak si adha nanti.
Minat benar dengan bola kampung ni...
Harap dia duduk diam nanti..

Tarikh untuk menonton adalah 20 march 2013.
Jam 9 malam dia paradigm mall kelana jaya...
*** macam mana nak pergi bawak twin ek???

Rabu

Gambar Makanan Pulak!!!


Inila menu utama makan tengah hari masa event hari ahad hari tu..
Sedap tau...
Ini geng kembar jugak yang masak...
MA tempah je, tak sempat nak memasak dengan kembar yang lasak.
Setakat nak makan sendiri boleh la kot...


Ini adalah menu kedua..
Laksa utara air tangan sendiri.
Buat sikit je sekilo lebih sikit ikan.
Sebab nasi dah berat takut membazir jadinye.
Lagipun ada orang pregnant request nak makan laksa.
so kena buat jugakla....

Habis jugak 3 kampit laksa panjang tu...


Ini menu sampingan.
semua MA order dengan tuan yang sama iaitu nasi ayam.
Kalau berminat nk order boleh klik link di bawah yea::::

PN Suriani

NYummy Sedap Owh...


Inila gambar kek bifday anak-anak ahad lepas...
Order sebijik untuk 3 orang tapi kan di berikan satu biji kek lagi untuk si abangnye.
Makanye sebiji je lincin sebiji lagi dok dalam peti tinggal lagi separuh..

Harga kek amat berbaloi tau.
kek yang tak hancur bila di potong.
tak mudah patah tengah bila di angkat masuk pinggan.
kek yang cukup padat + sedap...

Ini adalah kek red velvet..
tapi telah dihias untuk dijadikan kek kanak-kanak..

kepada yang nk order boleh klik link fb di bawah ye::::

kak aina

Selasa

Selamat Pagi


Muka orang tak berapa nak sihat...
ambik mood nak update N3 bifday party kembar dan abangnye,...
gambar ak banyak sebab bateri handset kong.
bifday boy main game sampai habis bateri...

Isnin

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KEDUA


Hari ini 4/3 /2013 adalah hari ulang tahun si kembar kali kedua.
Alhamdulillah ya allah berikan ku kurniaan yang jarang orang lain dapat..

Buat si kembar mama:::

Mama doakan anak mama dikberikan kesihatan yang lagi baik dri tahu lepas.
Anak mama menjadi insan yang berguna.
amin.........


""" Kepada pembaca blog MA, diisnin MA ingin mengajak sapa2 yang free atau berdekatan dengan rumah MA di shah alam. Sila hadirkan diri ke majlis hari jadi kembar pada 10 MArch 2013.
Jam 12 tgh hri-7 petang.""

untuk maklumat lanjut atau alamat rumah kol no MA 0104263496

Jumaat

Hasil 2 bulan menggunakan set natural 99

gambar bersama my mum yang turut menggunakan produk 1 set natural 99

Gambar sabtu lepas...

gambar masa di kampung cuti raya cina baru ini

Salam kawan-kawan. Kali ni MA nak share produk set natural 99.. 
MA menggunakan produk ini sejak awal bulan 1 hari tu lagi.

Setelah disyorkan oleh member sendiri. Alhamdulillah hasil adalah seperti di atas.

Kepada yang berminat sila contct no MA 0104263496..
pasti harga terbaik MA berikan..