Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

First Day Sekolah ### PASTI Al-Fateh


Wah dah lewat seminggu masuk sekolah.
huhu..

Pada mulanya memang tiada niat nak menghantar sebab masih kecik baru 4 tahun.
Sekali dia nak ke sekolah. Siap suruh beli bag dan barang-barang lain.
Bincang dengan suami dia pun setuju.
Maka sesi mencari sekolah untuk adha.

Mula2 tanya dekat dengan kawasan rumah.
Cari yang dekat tapi mahal pulak, maklumla poket tak berapa nak kaya.
Jumpa tadika pasti belakang rumah jugak.
Yuran berkemampuan jugak lagi.
Sekali tanya sesi petang sahaja yang tinggal.
Kat situ jadi susah sikit sebab MA bekerja payah nak keluar hantar dia.
Cari lagi dan akhirnye bertemu.

Tadika PASTI AL FATEH.
Jauh dari rumah tapi satu hala dengan tempat pengasuh dan tempat keje MA.
So senang tidak payah berpusing 2 3 kali.
Sesi pagi waktu persekolahannye.
dari jam 8.30 - 11.30 pagi.

Alhamdulillah dia bersemangat nak pergi, sampaikan hari2 request nak pakai baju sekolah.
Bag kemana pergi dia nak pakai.
Kopiah yang dapat sekali uniform pun dia nak pakai.

Pagi ni, senang dia bangun, senang dia mandi dan bersiap.
Muka happy, seronok je mama tengok.
Tapi bila sampai sekolah mengekor bontot mama sahaja kerjanye.
Siap suruh mama tunggu.
Awal2 lagi bontot seluar basah akibat main gelongsor kat tadika.
Pujuk2 dia dah ok.
Salam mama. siap bye2...

Sekali mama sampai kat kereta dengar dia menjerit panggil mama sambil nangis.
Nampak cikgu kejar dia..
Adoila anak..
Mama masuk kereta terus pergi tempat keje.

Kul 1 kang nak gi ambik dia.
Macam mana perasaan dia pulak lepas ni.
Jangan esok dia taknak pergi sekolah sudah.

Tiada ulasan: