Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Tudung 3 Layer Untuk Kanak-Kanak




Sangat sesuai beli untuk anak2 pakai gi ngaji dan jalan-jalan.
Kain yang tak panas.
Sangat cantik tapi sayang takda model nak bagi pakai.
(huhu)

Sehelai

RM 15

Tudung 3 Layer ala Fareeda (new)




Memang cantik bila di pakai.
Warna yang menarik.
Kualiti yang bagus.
Saiz m...

Harga pasaran Rm65..

Tapi umi jual rm55 sehelai.
Tidak termasuk postage.

Isnin

Gambar Pasport Yang Pertama ### Sakit perut dibuatnya


Inila rupa bila dipilih mana yang cantik..
Punyala susah nak tangkap gambar dia.
Bila orang suruh senyum dia buat peace.
Bila kite suruh rapatkan kaki badan jadi pendek pulak.
Bila kite suruh tengok kamera dia tunduk pulak muka.
Bila flash kamera menyala dia boleh sengetkan badan.
Bila dah tangkap sempat lagi angkat tangan wat peace.

Pecah perut mama dan jurukamera kedai tu.
Gelak sakan. Mamanye mana nak kepung kembar lagi.
Akhirnya kat atas tu la hasilnye. 
Masam mencuka muka penat barangkali.

Gambar ni nak bagi sekolah dia.
Kalau tak memang takda la gambar dia..

Huhu

First Day Sekolah ### PASTI Al-Fateh


Wah dah lewat seminggu masuk sekolah.
huhu..

Pada mulanya memang tiada niat nak menghantar sebab masih kecik baru 4 tahun.
Sekali dia nak ke sekolah. Siap suruh beli bag dan barang-barang lain.
Bincang dengan suami dia pun setuju.
Maka sesi mencari sekolah untuk adha.

Mula2 tanya dekat dengan kawasan rumah.
Cari yang dekat tapi mahal pulak, maklumla poket tak berapa nak kaya.
Jumpa tadika pasti belakang rumah jugak.
Yuran berkemampuan jugak lagi.
Sekali tanya sesi petang sahaja yang tinggal.
Kat situ jadi susah sikit sebab MA bekerja payah nak keluar hantar dia.
Cari lagi dan akhirnye bertemu.

Tadika PASTI AL FATEH.
Jauh dari rumah tapi satu hala dengan tempat pengasuh dan tempat keje MA.
So senang tidak payah berpusing 2 3 kali.
Sesi pagi waktu persekolahannye.
dari jam 8.30 - 11.30 pagi.

Alhamdulillah dia bersemangat nak pergi, sampaikan hari2 request nak pakai baju sekolah.
Bag kemana pergi dia nak pakai.
Kopiah yang dapat sekali uniform pun dia nak pakai.

Pagi ni, senang dia bangun, senang dia mandi dan bersiap.
Muka happy, seronok je mama tengok.
Tapi bila sampai sekolah mengekor bontot mama sahaja kerjanye.
Siap suruh mama tunggu.
Awal2 lagi bontot seluar basah akibat main gelongsor kat tadika.
Pujuk2 dia dah ok.
Salam mama. siap bye2...

Sekali mama sampai kat kereta dengar dia menjerit panggil mama sambil nangis.
Nampak cikgu kejar dia..
Adoila anak..
Mama masuk kereta terus pergi tempat keje.

Kul 1 kang nak gi ambik dia.
Macam mana perasaan dia pulak lepas ni.
Jangan esok dia taknak pergi sekolah sudah.

Rabu

Bersantai Di Bonet Kereta


Gambar baru bangun tido dari rumah pengasuh.
Dengan rambut tidak berikat, berpeluh sebab air cond kereta punah.
Gambar menunggu customer mama datang ambik sabun...

Alhamdulillah, rezeki berniaga makin masuk.


Almari Comel Untuk Anak-Anak Anda






Berminat dengan almari comel ini...
Klik Link di bawah untuk order:

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.508791509154802.121120.100000718727541&type=1

Selasa

Sayang Kakak... Muah


Gambar yang susah betul nak tangkap.
Elok flash handset terang terus dorang angkat kepala.
Adoi!!!

Cerita lepas gambar di tangkap pulak ialah::


"Kakak ketuk kepala adik dengan botol susu"

Maka adegan menangis pulak yang berlaku...

Isnin

3 Beradik Yang Makin Banyak Kerenah


Inila permata hati MA setakat ini.
Jika mahu tambah insyallah 2 years lagi baru tambah.
Itupun kalau ada rezekila kan.
Nak cari sorang lagi boy kalau dapat untuk buat kawan dengan si adha,

Manakan tidak habis dia lanyak
Kalau tengok cerita ultromen habisla adik dia kena.



Bila bawak gi main dia mesti nak main bersama.
Di mana ada adiknye, di situ ada adha bersama.

Bila makin besar makin banyak akalnye.
Ada sahaja permintaannye.
Dan pandai berkawan dan nak mintak gi sekolah.
Ada rezeki minggu depan baru nak mula hantar.
Hahaha agak lewatkan.
Insyallah kalau jadila kan.
Kalau tak tahun depan baru hantar.
Muda lagi baru 4 tahun.

Bagaikan Pantulan Cermin


Sejuk perut bila melihat dua beradik bermain bersama.
Bergurau senda bersama.
Tanpa ada tangisan.


Bila duduk berhadapan satu sama lain.
Bagaikan pantulan cermin dua orang budak ini.
Sampaikan mama tak dapat bezakan mana adik dan kakak
Bila melihat gambar2 ini,





Sabtu

Beriadah Di Tahun Baru


Inila aktiviti anak-anak MA di cuti tahun baru.
Main bola di padang dataran shah alam.
Malam tahun baru padang ni penuh dengan umat manusia.
Sambut tahun baru.
Tapi MA tak pergi pun.
Duduk di rumah lagi bagus.

MA suka datang sini sebab anak-anak bebas bermain.
Berlari sana kemari.
Main bola, main kejar-kejar.
Ada jugak aktiviti mengeluarkan peluh.

MA tak suka bawak dorang main kat taman tasek shah alam.
Sebab terlalu ramai kanak-kanak.
Twin nak main pun MA takut sebab budak besar pun main sama..
So inila aktiviti MA dengan anak-anak di hari cuti tahun baru...

Jumaat

Peace Cara Adik


Pantang nampak kamera cofirm jari dia buat macam tu.
Nak buat peace tapi tidak menjadi...


Entry Pertama Di Tahun Baru --- Kesan Luka Sudah Kering


Dah masuk hari ke-4 dalam tahun baru.
Baru nak tulis entry pertama..
Hihi gambar banyak tapi buat pekasam dalam handset.

Gambar kat atas gambar adha terbaru pada selasa lepas.
Alhamdulillah makin kering sudah luka di dahinye.
Confirm tinggal parutkan..