Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Insiden Yang Sama Tahun Lepas Kena Lagi Tahun Ini


Kalau korang ingat lagi insiden si adha bergoleh jatuh tangga malam tahun baru.
Link INI.
Kalau insiden tahun lepas berlaku malam tahun baru.
Insiden yang terbaru berlaku sehari sebelum tahun baru.

Insiden tahun lepas tiada apa kecedaraan di alami.
Kali ini parah walaupun tangga hanya punyai 3 anak tangga.

Baru terjadi kejadian ini malam tadi.
Semasa berada di rumah MIL dan sedang sibuk bersiap nak balik.
Budak dengan tangga memang takleh pisah.
Di larang sekali hanya dengarnye seketika.
Baru pusing sekejap sahaja nak ambik barang atas rumah dah bunyi benda meletup.
Disertai jeritan MIL di bawah.

Kepala si adha terhantuk di simen tangga.
Ingatkan tiada cedera.
Suami angkat ku tengok adha dah cekup kepala dengan tangan lalu di bawa ke FIL.
Bila tangan di buka menitik-nitik darah jatuh.

Menangis tidak usah di ceritakan lagi.
Air mata MA pun mengalir.
Luka agak dalam,darah berhenti dengan cepat setelah diubati dengan FIL.
Tidak nampak bengkak cuma adha kelihatan pening.
Masuk kereta tiba-tiba suruh kuatkan radio.
Pastu cakap nak nari.

Tidak sampai 5 minit naik kereta dia dah lena.
Tidak singgah di klinik cuma pantau dirumah.
Agaknye kalau pergi klinik confrim berjahit.
Suami tak bagi, just singgah ambik ubat demam.

Pagi ni dia aktif sangat.
alhamdulillah.