Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

30 MINIT MENDEBARKAN

Kejadian ini baru je berlaku dalam pukul 8 malam tadi. Tatkala hujan turun di shah alam ku dengan anak-anak terperangkap dalam kegelapan di rumah sendiri.

Ntah bagaimana tiba-tiba sahaja rumah terputus bekalan elektrik sedangkan rumah jiran yang lain elok pulak rumahnye. Dalam hujan yang begitu lebat dan disertakan dengan kilat sambar-menyambar ku tidak tahu apa nak buat. Tambahan lagi dengan anak menangis secara berjemaah.

Sungguh ku nyatakan disini ku memang tak pandai nak buat bila fius elektrik terjentat. Inila padahnye kalau benda macam ni tidak mahu belajar.

Bila anak menangis serentak ku nak keluar mintak bantuan dari jiran pun tidak boleh. Telefon suami tak dapat mungkin tiada line maxis di sana. Anak-anak makin kuat nangis bersama hati ku sekali. Takut tak usah dikatakan lagi pujuk anak, maknye pun sama takut.

Ku gagah jugak keluar tinggalkan twin menjerit bila di letakkan. Dengan pegang payung 1, ku menjerit panggil jirangku ini yang sedang leka main game handset. Berkali-kali ku jerit namanye tapi tidak didengari. Hujan begitu lebat. Dan ketika inila muka ku terasa panas apabila ku nampak cahaya kilat betul-betul di depan muka. Ku lepaskan payung serta-merta terus masuk rumah pikul kembar.

Masuk rumah, ku lapkan muka dengan tisu basah untuk redakan bahang tadi dan berharap muka ku tiada apa-apa. Ku dah mati akal macam mana nak betulkan elektrik di rumah. Last-last ku kol kawan 1 tempat kerja mintak datang tolong. Alhamdulillah, dia datang. Dan akhirnye rumah ku terang kembali.

Twin fobia sekejap bila rumah kembali terang. Dalam 5 minit jugak baru dorang nak duduk bawah. Lepas itu baru ku masuk bilik tengok muka. Nasib baik tiada apa-apa. Kalau tak habis melecur muka ku.

Inila pengalaman MA yang takkan lupa. Di saat suami tiada di rumah benda macam ni boleh berlaku. Selama 30 minit ku dengan anak-anak duduk bergelap, 30 minit jugakla ku mendukung si kembar. 30 minit jugakla kembar dan adha menangis ketakutan.

Harap-harap lepas ini takda lagi berlaku fius terjentat.