Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

GEMBIRA HATI SEORANG IBU BILA MELIHAT ANAK BERSELERA KEMBALI MAKAN

Wah panjang betul tajuk entry kali ini. Hari ni MA nak ceritakan perihal si anak sulung. Sejak dia kerap tidak sihat baru-baru ni selera dia memang turun. Makan ada dalam 2 3 suap pastu dah taknak. Sampai 1 tahap dia luahkan balik apa dia makan.

Walaupun MA masak makanan kegemaran dia , seleranya tetap tertutup. MA risau melihat badannye yang debab ketika dulu makin nampak kurus. Dia budak yang aktif dan lasak tapi bila kurang makan macam mana nak berisi balik. Lagi satu masa kurang sihat payah sangat nak minum susu. Banyak mintak milo. MA tukarkan kepada susu coklat dia tetap tidak mahu minum. Nak jugak milo. Itu pun sebotol 2 3 kali minum baru habis.

Tapi semalam, MA happy sangat apabila seleranya kembali menjelma. MA masak apa je semalam, hanya wat sedikit sup ayam khas untuk kembar, ayam masak kurma pastu goreng ikan je. Tapi dia makan macam orang besar. Gembiranye hati melihat dia berselera. Kerenahnye semalam begitu menghiburkan. Mula-mula nak makan sendiri last-last panggil mama jugak suap. 

Bila mama suap asyik cakap "sedap". Bila tanya siapa masak "mama masak". Menyuap sambil menonton tv habis jugak 2 pinggan nasi. 1 pinggan nasi ada dalam 10 suap (besar). Tapi 1 je dengan si adha ni, dia tak berapa suka lauk sangat. Lebih suka ke arah sayur. Kalau suap ayam jangan cubit banyak-banyak kalau tak di korek balik lauk dalam mulut buang.

Semalam jugak dia sudah kembali minat minum susu. Ada dalam 10 botol kot 1 hari semam berbanding sebelum ni. 1 botol sekali minum dah habis. Tanya nak minum milo pun dia dah taknak. Tunjuk sendiri bekas susu kalau mama tunjuk bekas milo.

Si twin? makan jugak kalau mama suap si abang tapi main-main. Bukak mulut punyala seksa. Boleh masuk hujung jari je. Tapi kalau sup ayam tu di makan dengan mee atau kuewtiaw besar je mulut dia bukak. Kalau nasi dengan sup ya ampun! Banyak tumpah dari masuk  mulut. Kalau buat bubur nasi sama ayam dan sayur makan banyak. Kembar lebih suka ke arah makanan berkuah dan lembik.

Anak-anak korang macam anak MA jugak tak??? selera berlainan. Tiap-tiap minggu masak kena adil. Biar semua makan- makanan kegemaran sendiri.