Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

"TER"CASHOUT

Hancur harapan nak tunggu jadi RM100.
Tula gatal tangan lagi gi tekan cashout.

Bukan apa,MA terkejut semalam check baru ada RM 50.
Bukak hari ni tengok dah nak dekat RM100.

Mana datang RM 50 lagi tu.
Nak kata BE paling kuat dapat RM 7.
Itupun last dapat bulan puasa hari tu.

Aslnye nak cuba kira manual betul tak amount yang terpapar.
Sekali tertekan cashout.
Takpela nak wat macam manakan.
Rezeki jugak tu.

Ini adalah kali kedua MA cashout duit nuffnang.
Kali pertama RM 50 je...
Kali kedua RM 90.++

Ok la tu kan dari takda.
Nanti dah sampai check MA buat entry ye.

TY nuffnang.
Rajin2 la berikan BE kat blog ku.

KORANG RINDU TENGOK GAMBAR TWIN LATEST????

Dah lamkan tak letak gambar twin yang terbaru.
Almaklumla handset ku punah so memang dah jarang bergambarla kan.
Baru-baru ni ada gi birthday party anak member, dorang tangkap gambar ada la terselit beberapa keping gambar twin dengan maknye.
Kalau yang rindu tu bolehla tengok.
Kalau takda klik pangkah kat tepi blog tu ye...


Gambar first mama sedang membetulkan baju.
Adik sedang berjalan dengan memegang belon.
Alhamdulillah makin laju sudah dia jalan.


Masa ni tengah bifday boy.
Kembar jugak, sorang lagi tengah merangkak tu ha.
Time pegang ni boleh pulak si adik kat sebelah tu menangis ha tengok mama pegang baby lain.
Cemburu owh!


Penat melayan sampai terduduk.
Kesian si kakak malas nak jalan.
Merangkak je dia tahu. 
Pastu berdiri kat tepi bersama suami.



Makan time.
Alhamdulillah behave je dorang duduk.
Takda ngamuk macam dulu-dulu.

 Time ni patung besar datang.
Adha orang pertama dia pegang. 
Melompat kawan tu bila pandang.
Menangis jangan citerlakan sampai malam mengigau.
Si adik sampai sudah duduk atas riba mama.
Yang berdiri tu si kakak.


Habis sudah gambar latest twin.
Kalau ada lagi nanti MA letak ye.