Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

PENING...

Punyala lama tak buka blog.
Just update guna email.
Sekali dapat bukak, ambik kau!!!
Penig nak sesuaikan diri dengan wajah baru blog.

Jenuh ku nak godek tadi tang mana butang nak lihat blog.
Patu bila bukak blog butang papan pemuka pulak tak jumpa.

Ambik masa setengah jam jugak ku nak rasi dengan muka baru ni.
Kalau dulu bolehla tukar balik.
Sekarang tidak boleh nak taknak kena terima dan sesuaikan diri.

KERENAH KEMBAR 1 : KAKAK SUKA NYAKAT ADIK

Kali ini MA nak kongsikan kisah si kemar. Dah masuk 1 tahun 6 bulan (18 bulan) usia dorang. Makin besar makin banyak perangainye. Ya ampun penat tak terkata badan ini tapi seronok tengok anak-anak membesar.

Hari ini MA nak cerita kisah si kakak. Tentula twin firstkan. Diala paling chubby, paling pendiam dan paling garang. Paling senang tido pun dia jugak. Kalau dah letih sangat bagi botol & letak bantal lena la dia. Berbanding dengan adiknye.

Salah satu sikap si kakak ni yang MA tidak tahan adalah menyakat. Korang tahu apa itu menyakat???  Maksud dia lebih kurang mengusik tu je. Kalau tidak faham lagi silalah google ye.

Orang yang rajin kena dengan dia adalah kembarnye, adik. Memang rajin benarla dia nyakat sampai satu tahap MA dah sakit telinga dengar si adik menangis. Nak memasak pun tidak senang sekarang.

Orang kata kembar kena beli 2 barang yang serupa takut berebut. MA amalkan tapi tetap kena rebut jugak. Kakak pantang nampak adik main mainan atau apa-apa sahaja. Kang adala dengar si adik nangis. Jangankan kata mainan dia rebut botol susu kalau sampai dia nak nyakat dan rampas dia pergi walaupun kat tangan dia dah ada botol. Sanggup baling botol kat tangan nak pergi rampas yang adik punya.

Yang MA pelik tu, bila kite marah kakak dia wat tak tau je. Tapi tangan still jalan. Tidak kira apa yang ada kat tangan dia, dia main ketuk je kepala, badan, kaki dan tangan adik. Silap-silap dengan abang dia pun dia nyakat. Kena pukul dengan abang pun dia buat tidak tahu. MA ada jugak pukul manja tangan dan kaki dia nak bagi takut tapi tak jalan. MA pun kena sekali. Kalau pukul je takpe ni dia siap gigit kalau dia dah geram sangat.

Yang adik tak balas yang dia tahu nangis bagai nak pecah rumah. Rumah MA kalau anak-anak bangun memang bising punya. Termasuk mama jadi tarzan. Nak sunyi time dorang tido. Jiran-jiran dah lali dengan tangisan anak MA time siang. Dorang dah nampak depan mata sendiri kenapa adik kuat nangis.

Ada tips tak nak elak anak kuat nyakat, dan pukul adikberadik sendiri? Letih nak handle, bawak lari adik tahu pulak kakak nangis takda kawan nak main. Bagi mainan dua pun tetap nak berebut. Kalau ada tips kongsila ye.


BILA "DIA" SUDAH BERFUNGSI

Gambar insan dari google



Yes akhirnye berjaya menghidupkan kembali setelah 2 bulan tertunggak.
Lepas ni boleh la update blog dari rumah je.
Tidak perlu lagi update melalui email.
Tidak canti sebab gambar takleh letak banyak.

So, lepas ini elakkan dari tunggak bayar ye MA!
Bukan banyak pun RM 40 je sebulan.
Oleh kerana 2 bulan sudah ada sedikit badai melanda itu sebab bil RM 40 pun tak lepas nak bayar.

Gunakan ke atas benda yang penting dulu.
Tiada internet perkara kedua.


PENYELAMAT DI KALA ANAK KENA CIRIT - BIRIT



Memang jadi penyelamat sungguh-sungguh pakai CD time anak kena cirit-birit.
Leceh ???
Bagi orang mula-mula pakai mungkin rasa sedikit leceh dan susah nak handle.
Yeala time dia cirit-birit banyak memang akan melimpah sedikit kat tepi CD.
Tapi MA rasa ianya perkara biasa sahaja.
Kalau pakai DD pun kadang-kala bocor jugak time anak cirit-birit.

Bila pakai CD time anak sakit macam ni jimat poket kita.
Bayangkanla hari pertama kena cirit-birit satu paket DD kecil saiz L MA guna untuk twin habis.
Manakan tidak, tidak sampai 15 minit tukar DD dah kena tukar lain.
Sampai satu tahap tidak sempat pakai dah tercicir di jalan.

Bila pakai CD 1 hari hanya pakai 15 keping dengan 1 insert.
Malam terus basuh dan keringkan bawah kipas, esok boleh guna kembali dengan insert yang lain.
Owh ye, setiap CD disertakan dengan 2 insert. 
Insert ni payah kering berbanding dengan cover CD.
MA hanya pakaikan twin dengan 1insert  time cirit-birit ini je.
Sebab dia kerap membuang tapi kalau hari biasa MA pakaikan dengan 2 insert boleh tahan sampai 4 jam sekali.

Dengan kata lain, CD penyelamat duit poket time anak sakit macam ni.
Kalau sorang anak mungkin tak kisah beli DD tapi kalau double memang parak poket nak beli DD.