Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

RENTETAN KES EMERGENCY

Selepas je MA post entry semalam MA terus balik ambik si kakak di rumah pengasuh. Waktu ambik baju kakak ada kesan muntah walaupun baru pas mandi. Maknanye kakak still muntah.

Sampai klinik dalam jam 3 petang, ambik no giliran dan tunggu masuk jumpa doktor. Masa dok tunggu ni, kakak minum susu separuh botol. Memang MA suruh pengasuh wat sedikit je nak tengok lepas minum dia muntah lagi atau tidak. Tak sampai 10 minit dia minum, berlambak-lambak dia keluarkan muntah. Banyak mana dia minum banyak tula di keluarkan balik.

MA jadi takut sebab walaupun dia minum susu warna putih muntah yang keluar adalah warna kuning. Pelik!!! kenapa tidak keluar susu yang dia minum tapi keluar air warna kuning. Lepas je dia muntah, nombor di panggil. Masuk je dalam bilik kenala soal siasat bagai. Dalam sesi menjawab kakak muntah sekali lagi. Warna kuning jugak terus dapat surat refer hospital.

MA balik rumah kemas baju adik dengan adha. Mintak tolong pengasuh jaga sekejap dorang. tapi si adha mengamuk nak ikut gi hospital. Terpaksa jugak bawak cuma adik je tinggal di rumah pengasuh. Settle semua urusan kat rumah pengasuh terus ontheway ke HTAR klang. Dalam kereta ontheway gi hospital pun kakak muntah lagi. Habis kerusi depan. Tidak sempat nak tadah dengan kain dia dah menyembur. Nak buat macam manakan terima jela. Kereta boleh basuh anak sakit jangan buat main.

Ini first time MA drive sendiri ke hospital. Selalu MA datang dengan suami. Bila datang dengan suami, dia turunkan betul2 kat depan kecemasan tu je. Pastu dia gi parking kereta. Tapi kali ni baru MA tahu betapa sukarnya nak cari parking dekat HTAR ni ha. Dah dapat pastu jauh pulak. Dengan barang banyaknye. Yealakan, MA angkut siap-siap barang si kakak takut kena warded payah pulak nak gi ambik dalam kereta. Parkingkan jauh. Lenguh kaki ni menolak stroller kembar. Kakak dok depan adha dok belakang. Beg baju letak bawah stroller dan beg susu + lampin letak atas kaki adha. (korang bayangkan sendirila macam mana).

Sampai je wat kecemasan, daftar lebih kurang pukul 5 lebih. Pastu tunggu dekat 15 minit baru masuk bilik saringan. Dah keluar dari bilik tu baru gi bayar wang pendaftaran dan ambik no dan tunggu di BIlik 7. MA cuma tak suka 1 je dekat HTAR ni. Sistem dia sangat slow. MA sampai kul 5 petang kat hospital nak dekat kul 10 baru keluar dari situ. Ada sorang pakcik tu sakit perut datang dari kul 3 petang kul 9 baru siap segalanye. Puas dia bising tapi doktor tetap suruh tunggu.

Alhamdulillah anak MA tidak kena warded walaupun muntah lebih dari 14kali. Bila Dr cakap macam tu MA risau jugak sebenarnye takut anak MA kurang air dalam badan. Tapi kerana dia aktif dorang lepaskan dengan kata dua kalau hari ni still muntah-muntah lagi datang balik kena warded. Keputusan darah dia pun tiada jangkitan kuman. Darah normal. MA balik dengan berbekalkan ubat demam dan air garam. MA pelik ubat demam tu kenapa dia bagi sedangkan anak MA tidak demam pun. Tapi takpelakan boleh simpan dalam peti guna bila perlu nanti.

Sampai rumah MA pulak menggigil satu badan. Macam nak demam urat. Makan panadol, bentang tilam terus baring dengan anak-anak. Tapi baru nak lena kembar muntah selang - seli. Habis banyak helai jugak kain semalam wat lap muntah dorang. Tapi malam tadi jela. Pagi ini dah okey. Dah takda muntah-muntah. Cirit pun takda. MA harap ini akan berterusan sampai bila-bila.


HATI KU TERGURIS DENGAN KATA-KATANYA

Ntah kenapa hatiku terasa sakit sangat sampai rasa tak sanggup melihat wajah orang tu? Siapakah dia untuk mengatakan sedemikian sedangkan dia sendiri tiada zuriat dan tidak tahu bagaimana perasaan seorang ibu bila anak sakit?

Tidak perlu la cakap " time inila anak nak sakit"!!! Bukannye ku tahu bila dan pukul berapa anakku nak sakit. Bukannye ku ni TUHAN untuk menentukan tarikh sekian-sekian anak ku akan sakit.

Ku begitu terasa dengan perempuan ini. Kau jugak seorang perempuan. Takkan tak faham dan tersentuh bila budak atau bakal anak kau akan sakit. MA bukanla jenis nak suka bambu orang tidak tentu pasal tapi kalau korang kena kat tempat MA apa perasaan korang.

Kadang-kadang pikir mungkin dengan kat-kata dia inila dia tidak dikurniakan cahaya mata lagikan. Mungkin TUHAN belum mahu berikan dia rezeki disebabkan mulut dia yang "jelabas" dan tidak memahami hati sorang perempuan yang bergelar ibu!

Moga Allah berikan hidayah kepadanya. Bila dia ada zuriat sendiri baru dia tahu betapa risau hati seorang ibu bila anak sakit. Dan baru dia tahu bagaimana letihnya ibu bersengkang mata menjaga anak-anak.