Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

ANAK BELAJAR JALAN EMAK YANG DAPAT SAKIT

INSAN DARI GOOGLE

Korang pernah kena atau terhantuk kat bucu meja tak. Sakitkan. Itula yang MA rasa. Nak elakk anak dari kena bucu meja MA yang terkena bahangnye.

Si twin MA dah mula nak belajar menapak(lewatkan)... Nak jadi citer malam tadi si kakak bertatih dekat sangat dengan meja TV. Baru nak berjalan tapi action dia macam orang dah pro. Sambil jalan nak ambil botol kat bawah.

Bila badan dah tak seimbang MA nampak nak jatuh terkamla MA ni nak sambut dia. Takut berdarah pulak dahi tu karang. Nak sambut dia badan MA yang sekeping ni tak lepas juga mencelah kat meja TV kecik tu. Akhirnye tersangkut la pinggang MA kat bucu tu.

Bila kena tak rasa lagi sakitnye sebab si kakak berdarah jugak mulutnye. Mungkin tergigit sebab tersembam atas tangan MA yang takda isi ni ha. Terkejut mulut kakak berdarah lupa badan yang sakit ni.

Lepas lap darah + muntah si kakak barula rasa sakit sampai menggigil badan ni. Barula teringat yang pinggang MA kena bucu meja TV tu. Buka baju tengok dah nampak kesan luka sikit akbat tercucuk tadi. Sakitnye sampai rasa nak jalan tak boleh padahal waktu terlupa tadi boleh pulak dukung kakak bawak masuk bilik mandi.

Malam tadi kesan lebam dah mula kelihatan. Berdenyut-denyut rasa nak bergerak bagaikan robot. Mulut si kakak bengkak sikit tapi alhamdulillah mampu lagi makan dan minum susu. 

Pagi ni sakit masih teras lagi. Nak duduk pun tak senang...