Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

BATUK DAN BATUK

Kes demam masih belum hilang timbul pulak batuk pada anak-anak MA. Bermula dengan si adik jangkit kepada si kakak. Lepas itu baru kena dengan si adha. Kes penyakit berjangkit bila anak-anak tido, dan main bersama. Macam inila jadinya.

Batuk anak- anak MA ni bukan jenis batuk biasa. Batuk yang bunyi macam ada kahak tapi tak boleh nak keluarkan sendiri. Adakalanye sampai muntah tapi kahak takda keluar susu dan makanan yang keluar. Bila malam lagila kuat batuknya. Lambat angkat time batuk kuat habisla tilam kena muntah.

Ubat klinik dah habis 2 botol tapi demam masih on off. Bila malam je demam siang dedar je orang cakap. Selsema masih meleleh keluar tapi dah tak berapa nak pekat (kuning). Naik biji air alhamdulillah dah takda walaupun dah minum air kelapa. Pelbagai petua MA guna untuk hilangkan sakit anak-anak MA. 

Tapi kali ni MA nak cuba petua ini pulak bagi hilang batuk anak-anak MA. Kanak-kanak bawah 2 tahun mana boleh makan ubat batuk. Pergi klinik memang takkan dapat kecuali ubat kahak je. Budak kecik mana nak reti buang kahak sendiri. 

Inila petua MA nak try malam ni time dorang tido:
Makan madu asli untuk hilangkan batuk.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
Gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

  

*** harap-harap boleh sembuh. Ada sesiapa pernah cuba tak? berkesan tak???