Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

DEMAM KEMBALI MENYERANG

Kakak demam sejak petang ahad lagi. Pagi tu punyala main elok dengan adik dan abangnye. Elok je bawak gi padang shah alam main bola dia dah mula merengek. Masa ini pegang kepala masih belum panas. Cuma hidung masih berhingus dan mata dah mula start bertaik. Tanda panas dalam badan.

Balik je dari padang shah alam, bagi mandi anak-anak. Kakak dah mula taknak duduk. Asyik nak berdukung. Bagi makan ubat selsema dan batuk terus tido. Lebih kurang 8 malam badan dah mula dedar. Check suhu badan dah naik ke 38'C. Sah si kakak demam. Kejutkan bagi ubat demam.

Bangun pagi esok alhamdulillah okey. Badan dah kurang panas tapi merengek masih ada. Ubat tetap bagi makan 4jam sekali. Tapi bila masuk je malam badan kakak dah mula panas balik. Malam tadi sampai masuk ubat bontot akibat panas terlalu tinggi hingga 41'C. Hampir kena tarik sebab badan kakak dah mula menggigil.

Ingatkan kakak je demam malam taid. Lepas kakak dah nak mula tido adik pulak mula merengek. Ingatkan nak susu tapi pegang badan dah mula panas. Check suhu dah jadi 38'C keatas. Terus bagi ubat demam kang melarat pulak. So malam tadi sampai pagi mama tak lena tido dibuatnye. 


***pst.. musim demamkan sekarang. Ramai post pasal anak-anak tidak sihat.