Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

CITER-CITER DI HARI RAYA (part 2)

Jam 7 pagi bersiapkan anak-anak. Seksa nak bagi mandi anak-anak terutamanya adha. Siap kata taknak mandi sebab dia tahu air kat rumah FIL sejuk bukan macam Shah Alam. Yeala kan, rumah FIL pakai air sungai je macam rumah mak MA di perak. Sejuk je bila mandi. Terasa macam berendan di dalam sungai owh.

Bila dah siapkan anak-anak layan suami makan di dapur bersama FIL dan BIL. Tahun ni suami sembahyang raya dengan adik beradik lelaki dan FIL je. Kaum hawa dok rumah jaga anak-anak. Tambah MA, macam mana nak pergi dengan kerenah twin yang tidak boleh ditinggalkan di bawah walaupun seminit. Kalau gi sembahyang bawak kembar ku rasa bingit 1 masjid dengan suara anak-anakku.

Raya pertama, family FIL tidak keluar ke mana pun. Hanya lepak di rumah je sambil melayan tetamu yang tak seberapa nak ada. Kat sini MA dah bosan sikit, yeala kalau kat rumah mak di perak pagi raya duduk di rumah petang dah gi berjalan rumah makcik dan pakcik keliling rumah. Jadi tahun ni MA beraya dengan adik-adik beradik suami jela dalam rumah. Mujurla anak-anak MA tak pandai lagi nak pergi beraya.

Bila dah tidak keluar beraya makanye MA takleh nak kol mak di kampung nak mintak maaf. Rumah FIL line handset takda. Memang payah nak wat panggilan keluar dan panggilan masuk. MA ajak suami keluar sekejap dalam jam 12 tgh hari ke jalan besar untuk menelefon mak. Bila kol mak pulak takda kat rumah, handset adik yang jawab. Petang dalam jam 5 petang keluar lagi sekali dan kol mak baru dapat beraya dengan mak. Bergenang air mata tidak usah katalakan.

Raya kedua pun sama, kami adik beradik hanya melepak di rumah FIL je. Sebab raya ketiga kami akan bergerak ke kota bahru makan kenduri aqiqah anak abang ipar MA dan tahlil naik rumah baru.Petang raya kedua SIL dan BIL semua gi mandi-manda dekat lata. MA mulanye memang malam pergi sebab anak-anak semua baru je tido. Tapi oleh kerana suami nak pergi menelefon office dia, kami keluar kejap sambil melihat lata tanpa join mandi. Anak-anak MA angkat je tengah tido. Alhamdulillah dorang tidak terjaga.

Malam raya ketiga, MA dah kemas barang-barang masuk dalam kereta siap-siap supaya tiada yang tertinggal. Oleh kerana esok habis je makan kenduri di Kota Bahru MA akan bertolak pulang terus ke rumah mak di perak. Mood happy sebab nak balik jumpa bonda tercinta.

Raya ketiga jam 10 pagi, kami dan adik beradik bertolak keluar dari rumah FIL ke kota bahru. Seperti yang dijangka traffic memang slow. dari sejam boleh sampai ke Kota Bahru jadi 2 jam baru sampai. Plan nak ke kubur dulu baru gi makan kenduri terus cancel. Sebab dah lewat terus pergi makan kenduri je. Masa ontheway ke Kota Bahru, simpang 4 yang nak ke kota bahru, gua musang, tanah merah dan terengganu jem giler. Suami dah geleng kepala sebab kami akan lalui jalan ini ke tanah merah untuk pulang ke perak.

Habis je makan kenduri rumah abang ipar jam 1petang, kami sekeluarga mintak diri untuk pulang ke perak. Perjalanan pulang dari kota bahru ke simpan 4 memang lancar. Tapi bila sampai je kat simpang 4 tu semua jadi lain. Dari simpang 4 nak ke tanah merah kalau tak jem sejam boleh sampai. Tapi kali ni dekat 4 jam kami sangkut dalam jem tu. Ingatkan ada eksiden rupanya punca jem kat pekan tanah merah.

Kami sampai di puncak Titiwangsa jam 10 malam. Masa ni suami dah mula mengantuk anak-anak dah tido semua. Suami nak mintak rehat tapi MA taknak sebab takut nanti lambat sampai. Lagipun atas puncak ni MA takut nak berhenti tido dengan anak kecik. Jadi kami tukar pemandu. Suami tido di belakang dengan kembar MA bawak kereta turun bukit-bukit yang penuh kabus.

Ini first time dalam hidup MA bawak turun kereta dari atas bukit titiwangsa. Selalu suami tak benarkan sebab bila malam memang kabus tebal tambah pulak hujan. Alhamdulillah MA berjaya bawak turun kereta dan bawa sampai ke kampung halaman tercinta. Jam 12 malam kami sampai di rumah mak tercinta.


***pst.. raya tahun ini semua jadi tidak betul, manakan tidak suami dapat cuti seminggu tapi office kol suruh masuk kerja hari jumaat. Banyak plan yang tak jadi.

ALHAMDULILLAH LANGKAH PERTAMA SUDAH KELIHATAN

Akhirnye di kala usia nak cecah 18bulan twin si adik dah mulakan langkah pertama dari si kakak. Alhamdulillah ya Allah. Ku bersyukur padamu akhirnye keinginanku ingin melihat permata hatiku berjalan akhirnye terlaksana.

Bukan ku tidak percaya pada takdir, tapi ku tidak mahu orang membezakan anakku dengan anak orang lain. Ku percaya bahawa semuanye telah ditentukan oleh mu Ya Allah.

Petang semalam, di rumah pengasuh ku dirikan si adik dan lepaskan tanganku. Ku sebut tatih, alhamdulillah dengan langkah 5 tapak si adik akhirnye berjalan ke arahku. Gembiranye hati tidak terkata. 

Sebelum ni adik berjalan kalau di pegang tangan sebelah memang laju je jalanye. Cuma gayat nak lepas tangan lagi. Seperti jugak meniti di tepi dinding, kerusi atau katil. Laju je jalan. Kalau bab memanjat tak usah citerlakan. Kerusi makan dia panjat sampai atas meja dia duduk.

Sekarang cuma tunggu si kakak untuk berjalan. Kakak ni cengeng sikit sekarang. Mengalahkan adik. Berat bontot. Pegang tangan sebelah suruh jalan danla 2 tapak pastu dia duduk sebab letih. Mana taknye budak domok ni dah berat nak dekat 10kg. Kuat minum susu tapi makan kurang. Kalau bihun goreng/sup, kuetiew sup, dan biskut laju je dia makan. Kalau nasi tengok mood dia.

Harap-harap raya haji ni, kedua-dua kembar MA dah berjalan. Tak sabar nak belikan kasut kat dorang.


***pst.. entry semua yang ditulis umi send by email.