Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

SUDAH BERTINDIK



Akhirnye telinga si kembar telah ditindik sudah.
Setelah berperang dengan emosi nak atau taknak tindik telinga kembar.
Buka apa dorang kan masih kecik pastu kuat benar gaduhnye.
Kang ada jugak tertarik telinga tu rabik pulak telinga anak dara MA.

MA pergi dengan SIL dekat pekan rawang.
MA kena mintak kebenaran husband dulu kang dia tak bagi mana boleh buat.
Suami bukan boleh tengok anak dia sakit sikit.
Itupun puas dia dok mesej tanya anak-anak macam mana.

Prosedur tindik takdala lama mana.
Yang jadi lama sebab twin MA nangis.
Buka sebab kena tindik tapi sebab takut dengan amoi tu.
Baru tengok amoi tu depan mata terus nangis.
Penakut orang twin MA.

Twin si adik lepas tindik menangis kejap sambil pegang telinga.
Mungkin terkejut kot.
Ambik pujuk adik alhamdulillah senyap dan main macam biasa.
Macam tiada apa yang berlaku.

Tapi si kakak, bila tengok adik dah nangis bila letak atas kerusi tadi dia macam fobia.
Baru nak letak dah nangis sampai selak.
Pujuk bagai tak jalan wei.
Habis semua orang dok pakat kerumun nak tengok twin tindik.
Amoi tu kata ni first time ada twin datang tindik telinga.
 Last sekali amoi tu bagi si kakak snek baru dia diam kejap.
Masa ni la ambik peluang tindik telinga dia.

Menangis jugak pas kena tapi mulut tetap makan snek.
Kelakar amoi tu gelak je.
Kena bayar 20ringgit tindik telinga twin.

Alhamdulillah hingga malam ni twin takda main telinga atau pegang subang dia.
Cuma twin adik je  2 kali terbukak subang sebab snagkut kat buai.
Tapi masa pasang balik dia okey je nangis kena kepit je dengan mama.

Insyallah ada rezeki tukar kepada subang emas.

7 HARI MENJELANG SYAWAL


Erm, mungkin agak terlewat nak menulis.
Sebab malam baru online FB dan terus nampak gambar ni.

Ya Allah, ku ingatkan bukan kena mengena dalam kamus hidupku.
Tapi bila ku lihat tajuk mengucap panjang.

Di kala persiapan orang ramai menyambut aidilfitri yang bakal menjelma.
Tapi kenduri tahlil yang di buat.

Gambar kat atas adalah gambar kemalangan yang berlaku di kawasan kampung MA.
Mangsa adalah adik kepada kawan, kakak dan saudara kepada MA.
Ya Allah, 2 adiknye meninggal secara serentak
Akibat kemalangan dengan lori kayu.

Sesungguhnye ajal itu tidak kira usia dan waktu.
Kalau sudah tertulis pasti akan berlaku.

Al-fatihah buat kak eni atas kehilang adik-adiknye.

***pst.. ku dah terbayang perasaan family dorang.