Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Sabtu

BERSEDERHANA SAHAJA TAHUN INI

Alhamdulillah hari ni pergi membeli kelengkapan raya anak-anak.
Sudah cukup mungkin untuk anak-anak.
Dapat 5 pasang sorang termasuk baju kurung dan melayu anak-anak.
Kasut si adha je belum.
Twin mungkin tak beli kot sebab tak boleh jalan lagi.

Esok teruskan misi mencari baju melayu si adha.
Budak dah pandai memilih.
Nak cuba baju pun taknak tadi.
Bukan dia ikut MA jalan tapi MA ikut dia.
Nasib baik twin tinggal kejap kat rumah BS.

Baju MA baru dapat sepasang je.
Tu pun sebab masuk je kedai terus berkenan.
Pastu cari lagi sepasang dah tak jumpa.
Semua tinggal saiz big saiz.
MA pakai XS atau S punya saiz.
Kalau M melebeh jadinye.

Tahun ni tahun ujian bagi MA.
Alhamdulillah MA sekeluarga masih mampu nak tempuh.
Walaupun berikat perut demi sesuap nasi.
Pakai je apa yang ada selagi mampu.
Ramai lagi orang sussah dari keluarga MA.