Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

AKIBAT DARI MEMANJAT

Kejadian ini berlaku petang rabu lepas.
Ntah macam mana terjadi tak taula.
Mama sibuk kat dapur masak twin pun sibuk nak mengemas.

Nama pun twinkan.
Kemana sorang tu pergi sorang lagi akan ikut.
Lasak ke main walaupun masih belum boleh berjalan.

Miniti tepi dinding laju je tatihnye.
Tapi bila lepas punggung jatuh.
Ish berat bontot sungguh.

Berbalik pada tajuk, dalam MA sibuk masak twin ni ada je keje dia lakukan.
Twin si adik ni lasak lebih dari kakak.
Bab memanjat serah kat dia.
Kerusi makan tu dia main turun naik selamber je.
Angkat bawak turun dia naik balik.

Dok asyik masak tiba-tiba dengar benda jatuh serta kakak nangis.
Selak sampai biru muka dia nangis.
Kecut perut MA ingat jatuh dari kerusi tapi.....

"HUJUNG KUKU BERDARAH"

Gara-gara si adiki tolok bekas biskut jatuh kebawah.
Kenala kaki si kakak.
Terus MA ambik dukung sikakak basuh kaki letak minyak gamat.
Alhamdulillah darah berhenti.
Luka kecik je kesan kulit terkopek.

Lepas kena ingat dah serik tapi makin ligat dorang main.
MA boleh masak dengan  tenang.
Kul 8 malam anak-anak semua dah terbongkang.

***pst... semua entry di siang hari adalah autopublish tau. office bengong block pulak komputer MA.