Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Mohamed Haqaish - Anak Dynaz



Wah comel sungguh anak kedua Dynaz.
Dah sepasang anak dynaz.

Geram tak rambut tu
Lebatnye rambut dia.
Berbanding dengan anak MA rambut sikit sangat.
Dahla sikit halus pulak tu.
  Korang ada tips nak lebatkan rambut?
Kongsila kat MA.

BARU MENIKMATI AIR TEBU YANG SEBENAR

ehsan dari pak google

Masih terasa sampai sekarang keenakkan air tebu ori dari kampung.
Kat bandar nak dapat pati air tebu ni.
Kalau beli kat pasar rasa air lebih dari air tebu.
Banyak dah campur air dah tidak terasa keaslian air tebu.

Kat kampung walaupun jual paket kecik je dengan harga RM2.
Amat berbaloi tau.
Dia memang jual yang pati punya takda campur dengan air.
Minum hanya letak air batu je nak bagi sejuk.
Manis sampai habis air batu pun masih terasa.

Beli 2 paket habis minum dengan family di kampung.
Kalau kat bandar 1 plastik besar dah RM2.
Silap-silap warna je macam air tebu tapi rasa air paip.

Ahhhhhhhhh.. rindunye suasana berbuka di kampung.

D.L.C.W WIRA NEGARA


Hari ni baru nak tulis entry pasal dato' lee chong wei.
Yeala kan, balik kampung broadband takda line jadi macam mana nak tulis entrykan.

Berbalik pada tajuk, habis je berbuka dan solat maghrib pakat berkumpul depan tv.
Excited nak tengok DLCW lawan dengan Lin Dan.
Dalam hati harap sangat-sangat DLCW menang tapi harapan tak terlalu tinggi.
Sebab agak mustahil untuk kalahkan Lin Dan.

Bukan pertama kali DLCW bertemu dengan Lin Dan.
Kalau bertemu memang jarang menangnye kecuali Lin Dan tarik diri.
Adala harapan pingat emas untuk negara.

Tapi apa pun MA cukup suka tengok DLCW main.
Bersungguh-sungguh dia bermain.
Hanya kalah 2 mata sahaja.

Sedih memang sedih tapi bersyukurla atas apa yang ada.
Dapat pingat perak pun dah kira okey dari takda langsung pingat.

Tahniah DLCW...


***pst ... berani sungguh "orang" kutuk DLCW