Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

JANGAN CEPAT TERPEDAYA DENGAN YANG KITE BACA


Hari ini MA tengok ramai post entry pasal citer ni kan.
Mesti citer tu mengatakan bahawa ibu kembar melahirkan kembar 12 dan terpaksa memilis salah sorang je.
11 lagi akan dibunuh dengan mencampak dari gunung yang tingggi.

Nampak tak kat situ tak logik!
Ada ke nak campak dari atas gunung.
Pastu kembar 12 bayi besar - besar pulak tue.
Kalau kembar 12 confirm kena masuk inkubator faktor berat tak cukup.
Kalaula rupa baby macam kat atas tu boleh korang agak tak perut mak dia besar mana.

Citer sebenar adalah pada gambar di atas adalah:

kembar 2 yang di lahirkan dalam 6 family.
Dalam masa 6 hari.
Di antara tarikh 17-22 april.
Lihatla kegembiraan di wajah ibu bapa kembar tu.
Kalau bayi tu nak kena bunuh takkanla nak senyum lagi.

***pst.. kadang-kadang citer semua takleh nak dipercayai.

DUGAAN DI PAGI KHAMIS

Dugaan datang lagi. Ya Allah kuatkanlah kesabaranku Ya Allah.

Pagi ini berlaku perkara tidak disangka terjadi dalam hujan.
Nak cepat jadi lambat.
Hampir sejam jugak terperangkap dalam kereta.
Hampir-hampir menitis air mata takut punya pasal.

Nak menelefon kreadit pulak habis.
Malam tadi habis menelefon mak di kampung.
Ingat petang karang baru gi beli topup.
Tapi tak sempat dah timbul masalah pagi ni.

Dalam dok memikir baru terlintas nak telefon hotline office.
Umi kan keje syarikat highway, kejadia terjadi pulak atas highway umi kerja.
Kul 9 baru dorang sampai.
Bila bukak tayar memang tayar dah takleh pakai sebab lubang besar.
Kena tukar tayar baru pulak.
Melayang lagi duit.

Nak dekat raya ni macam-macam dugaan datang.
Semalam dah gi cari rumah dah dapat.
Nak deposit separuh dalam RM 600, ingat nak bayar hari ni.
Tapi dah jadi macam ni rasa macam taknak gi bayar sebab duit nak guna baiki tayar kereta.
Kereta nak pakai pergi kerja, hantar dan ambik anak-anak dari rumah bs.
 Nak ke tak nak memang kena baiki kereta tu.

Biarla dulu rumah sewa tu.
Ada rezeki dudukla rumah yang nak disewa tue.
Kalau takda nak wat macam mana.
Berserah kepada Allah kerana Allah tahu segala-galanye apa yang berlaku.