Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

MENCARI RUMAH SEWA

Apabila kite menyewa rumah orang sampai satu ketika kita akan di suruh keluar jugak.
Itula yang terjadi pada family MA.
Bukan sekejap MA sewa rumah yang diduduki sekarang.
Tapi dah begitu lama sejak suami bujang lagi dia duduk sewa situ dengan kawan-kawnanye.

Tapi kini dah tiada lagi harapan untuk duduk disitu hinggan anak-anak besar.
Tuan rumah dah nak jual rumah yang MA duduk sekarang.
Pembeli sudah pun ada di mana jiran MA jugak.
Sedih sebenarnye MA rasa sebab tuan rumah sebenarnye nak jual kepada suami MA.
Tapi kewangan masih belum kukuh untuk kami membeli rumah ini.

Makanye, tuan rumah sudah memberi kata putus bahawa last duduk kat rumah tu bulan 9.
Bulan 10 dah kena keluar.
Nak nangis rasanye, sebab dugaan ini datang dalam bulan ramadhan.
Sekarang MA sedang mencari rumah sewa sekitar shah alam atau puchong.
Dekat dengan tempat keje MA dan suami.

Tapi tulakan bukan senang nak cari rumah sewa teres macam umi duduk sekarang.
Dengan harga RM6++ sebulan.
Rumah besar siap renovate, bilik 3 dengan dapur yang luas.

Sekarang rumah teres semua RM8++ ke atas.
Paling  murah adalah rumah flat.
Erm, tak sanggup ku rasa nak duduk rumah teres di kala anak-anak sedang membesar.
Nak turun naik tangga dengan twin lagi.
Makin kurus MA di buatnye.

So, sekarang  kalau kawan-kawan tahu di mana ada rumah teres nak disewa inform kat MA.
Kalau boleh bawah RM1+++.
MA dan suami bukan gaji besar cukup-cukup makan je satu family.
.
***pst. nasib baik tuan rumah tak suruh keluar serta merta dalam bulan ramadhan.

1 MALAM MESTI MEBAZIR 2 KEPING

Angin je MA, 2 malam ni dengan perangai anak sulungku.
Rasa membazir je bila dia buat macam tu.
Bukan tak nak ajar tapi letih sebab dia jenis penggeli.

Dah 2 malam ni anak sulung MA buat perangai.
Dia sudah pandai cakap nak "yak".
Tapi still nak buang dalam pempes.
Kalau kencing pandai pulak dia lari masuk toilet.

Bukan apa tau, rasa rugi je pakai pempes ni.
Belum sempat penuh dia dah "yak".
Kalau sekali takpela.
Ni tak, baru membuang sikit dia dah ngamuk suruh basuh.
Dah basuh, pakaikan sekali lagi pempes sebab nak tido boleh pulak dia bantai "yak" sekali lagi.
Angin owh....
Kan dah jadi membazir.

Payah sungguh kalau dapat anak jantan jenis penggeli ni.
Pernah ajar "yak" dalam toilet dan pernah berjaya.
Tapi bila najis masuk lubang dia dulu lari mencecek kegelian.
Adoila anak!

Jangan kata "yak" sendiri geli, kasut dia basah pun dia taknak pakai.
Tambah lagi kalau kaki terpijak pasir atau rumput di padang.
Menjerit suruh sapu kaki dia.


***pst.. ada tips tak nak atasi masalah geli anak teruna MA ini?