Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

HABIS NAIK RUAM


Gambar kat atas bukan gambar bontot anakku.
Tapi bontot anakku naik ruam sikit je gara-gara:

pakaikan pempes hari minggu hari tu.
Kesnye sebab nak gi jalan dan suami belikan dd.

Baru pakai tak sampai 1 jam twin dah meragam.
Bagi susu, pujuk dan layan semua dah tak kena.
Bukak pempes tengok bontotnye dah naik merah.

Nak nangis rasanye, yeala sejak pakai CD punggung twin dah tak naik ruam.
Tapi bila pakai kan balik pempes habis naik ruam.

Itula salah satu kebaikan bila kite pakai cd.
Bila kite dah start pakai cd dan dah lama tinggal pempes mesti akan terjadi kes macam ni kalau kite tiba-toba pakaikan pempes balik.

So MA dah say no to pempes sebab menyakitkan twin MA.

POTTY TRAINING SI ADHA


Sudah 3 bulan kot jimat pempes si adha ni.
Kalau dulu sepeket pempes tahan tak hampir sebulan tapi kini tidak lagi.
Sekampit pempes saiz XL bertahan 1 bulan lebih.

Sekarang hanya nak tido malam je dia pakai pempes.
Kalau dulu tido siang pun umi pakaikan sebab takut kes terbabas.
Tapi semalam, alhamdulillah tidak terbabas sikit pun walaupun tido dari jam 12.30 tgh hari hingga 3 petang.

Mulanya risau jugak tau sebab dia tido atas toto.
Karang ada jugak banjir toto.

Cuma umi masih fail ajar dia poo poo dalam jamban.
Dia sanggup tahan dari membuang dari rumah bs hingga nak tido.
Yang geramnye elok je bagi pakai pempes nak tido masa tu la dia membuang.
Membazir 1 pempes.

*** ada tips tak anak ajar anak poo poo dalam jamban?

SIMPUL KASIH BERTUKAR KE POPIA MINI

Ingat tak entry baru ni yang MA nak wat simpul kasih.
Memang jadi buat simpul kasih tapi tak sempat dapat banyak.
Suami beli kulit popia yang bukan selalu guna so payah nak boleh ikat.
Cepat keras walapun letak dalam kain lembab.

Nak elak pembaziran MA tukar ke bentuk lain.
Dimana kulit tak berapa lembut pun boleh buat.


MA tukar ke mini popia gulung.
Alhamdulillah senang dan mudah.
Habis sekampit kulit popia wat mini popia gulung.

Tak sempat simpan raya dah habis pun anak-anak dan suami makan.