Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Simple Saje Malam Ni


Inila menu malam ni. Gambar cilop dari google.
Bihun goreng kosong je, letak kubis dengan telur je.
Tak masak banyak sebab en suami takda.
Buka puasa sorang-sorang je dengan melayan kerenah anak-anak.

Air pulak air jagung.
Sedap! bertambah-tambah minum.
Kalau beli kat PARAM ada yang tak cukup sifat.

Nasi masak jugak takut lambat bangun esok.
Cuma lauk je belum masak, sebab tak tau nak makan apa.

Kawan-kawan apa pulak menum berbuka korang malam ni?

Menu Berbuka di Hari Ketiga Berpuasa


Semalam mood memasak rajin datang.
Mulut terasa nak makan mee goreng.
Tapi makan tak habis pun satu pinggan.
Selera masih takda.


Kuih buat buah melaka.
alhamdulillah first time buat menjadi.
Tapi time nak merebus tiba2 gas pulak habis.
Dekat 20 minit jugak tergendala.
Sementara nak tunggu suami balik.


Kari ayam buat untuk en suami dan bersahur pagi tadi.
Sebab suami malam berbuka cari nasi walaupun dah makan mee.

Ku ingat kari ayam dah tak menjadi sebabnye:
Elok je tumis rempah dan baru letak ayam gas terus habis.
Waaaaaa... nak nangis wei masa tu jam dah pukul 6 lebih. 
Suami sampai dah nak dekat 6.30 petang.
Nak dekat berbuka kari ayam masih atas dapur.

Nasib baikla mee goreng dah siap dulu.
Kalau tak berbuka semalam minum air je.

DARAH MERAH KURANG


Rentetan dari adha yang tidak sihat.
Semalam kat tempat keje tak senang duduk MA dibuatnye.
Manakan tidak,adha asyik meragam tunjuk mulutnye.
Badan masih dedar, tak kurang jugak demam.
Susu kurang minum makan apa tah lagi.

Petang semalam mintak keluar awal bawak pergi klinik.
Sampai dalam kul 3.30ptg, ambik no dan adha kena check darah.
Demam dari hari jumaat sampai semalam, kenala check darah takut denggi.

Part ambik darah dah pandai meronta.
kudrat mama dah tak mampu nak lawan dengan dia.
Nurse kena tolong pegang sama kalau tak jenuhla nak dapat darah.
Dalam dok nangis sempat wat lawak bila telefon dalam bilik ambik darah tu bunyi.
Pastu sambung balik nangis.

Bila dapat result darah, masuk jumpa doktor.
Alhamdulillah darah takda jangkitan, cuma darah merah adha terlalu rendah.
Banyak darah putih.
Next month kena followup balik.
Kalau masih rendah kena start makan ubat.

Pasal ulser dalam mulut adha, dah penuh atas lidah, tepi pipi dan bibir.
Dapat antibiotik, ubat ulser dan demam.
Kalau adha masih kurang makan dan minum klinik akan bagi surat refer ke hospital.

Hari ni MA harap adha makin pulih.
Tak sanggup tengok anak sakit lama-lama dan kena tahan wad.

***pst... sapa2 ada petua nak tambah darah bagi kanak-kanak tak???