Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

GAMBAR ANAK KEDUA CATRIONA ROSS



Tahniah diucapkan buat Catriona Ross serta suaminya kerana selamat melahirkan anak kedua pada 16 Julai yang lalu di Naluri Medical Centre pada pukul 6.16 petang. Turut difahamkan anak kedua ini merupakan bayi lelaki yang diberi nama Jammal Raess Ross-Iddin. Sebelum ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Sephia Rania Ross-Iddin



SAHUR DENGAN KERENAH ANAK-ANAK

Hari ni ntah macam manala Adha dengan si kakak boleh bangun cari mama.
Kalau bangun jenis tak nangis takpe.
Dahla ayah takda gi keje, jenuh mama nak handle sorang pagi tadi.

Si adha dari malam tadi lagi meragam.
Demam still tak kebah-kebah.
Kalau malam ni masih tak okey esok nak bawak gi klinik check darah.
Satu lagi umi perasan, dalam mulut dia penuh ulser.
Nak makan atau minum pun payah.

Si adik pulak ntah apa yang kena dengan badan dia.
Mama tinggal kejap solat maghrib dengan ayah, ayah dah mari tunjuk badan adik naik bintat,
Macam kena gigit semut. 
Sudahnya sampai ke pagi meragam gatal.

Kakak kalau mama takda kat sebelah memang menangis la kejap mencari.
Tapi kejap je la kalau dia nampak mama dia.
Ntah macam mana pagi tadi siap ke dapur mencarinye. 
Menangis bagai nak tercabut nyawa.

Makanye, mama masak nasik kelam kabut sikit hari ni.
Nasib baik tidak mentah.
Sempat jugak makan panadol 2 biji takut kepala pening tak cukup tido.

Lepas bersahur terus bagi anak-anak tido balik.
Senang mama nak bersiap gi keje.

***pst.. kan bagus kalau hari ni hari cuti. boleh tido kejap..