Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Ahad

AIR KELAPA PERISA AIR PAIP

Inila salah satu sebab kenapa umi tidak suka beli air dekat pasar ramadhan.
Dahla beli air isinye dah tentu takda.
Kalau ada hancur punya isi kelapa.
Lepas tu, rasa pun bukan macam air kelapa.

Oleh kerana umi tak berapa sihat hari ni.
Suami belikan air kelapa harga Rm2 sebungkus.
Untuk sejukkan badan.

Minum je time berbuka rasa nak muntah terus bila air masuk tekak.
Weikkkkkkkkk...
Memang terasa air paip atau air yang tak masak.
Ya ampun, nasib baik tak bagi anak-anak minum.
Coz adha masih tak kebah demam.
Kalau bagi minum kang ada pulak kena penyakit cirit-birit.

Dah serik la nak beli air kelapa kat kedai.
Oleh kerana nak untuk guna je air paip.
Kalau customer jenis tak tahan mau ada yang masuk hospital keracunan.


Alangkah indah kalau dapat kelapa macam kat atas tu.
kena pulak isi lembik..
Sedapnye...

MENU BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR


Menu yang simple mungkin jadi penambah selera.
Lepas kejadian semalam badan terus rasa tak berapa sihat.
Tapi masih berdaya mahu berpuasa.

Hari ni awal dah siap masak.
Pukul 6 dah boleh duduk tengok tv dengan anak-anak.
Hari ni masak sambal tumis ikan bilis dengan petai.
Makanan kegemaran suami umi tak suka petai..


Menu kedua kubis masak lemak.
Erm, ni kegemaran umi tapi ntahla selera makan ke tak.
Menu ketiga adalah telur dadar.

Air suami beli air kelapa nak bagi sejuk badan.
Air kelapa mana nak cari pokok kat bandar ni.
Nak tak nak kena belila.
Membazir 2 ringgit.


Kadar Zakat Seluruh Negeri Tahun 2012


Tahun 2009 ,hanya 2 orang.
Tahun 2010, 3 orang.
Tahun 2011, 5 orang..
Tahun 2012 masih 5 orang

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA BAGI SELURUH NEGERI PERAK


Oleh kerana umi orang perak, umi letakkan jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri perak...

Inshallah Akan Ku Elakkan


Alhamdulillah di hari pertama puasa ku berjaya tidak menjejak kaki ke pasar ramadhan.
Makan ala kadar je kat rumah.
Kalau pergi pasar ramadhan macam - macam yang mahu di beli.

Semalam en suami ada jugak ajak pergi katanye nak cari air tebu.
Tapi diriku tidak mahu sebab wat air oren je malam semalam.
Ku takut kalau kata nak pergi cari air je dari RM 2 habis Rm 10 sebab macam-macam beli.

Buat apa membazir?
Kalau makan hanya 2 orang je.
Buat je cucur yang mana tau, air kalau buat boleh dapat berkali-kali minum.
Kalau beli 2 kali tambah dah habis.

Berbuka ala kadar lebih afdal dari membazir.
Kalau mampu apa salahnyekan.

*** pst.. bukan kedekut tapi nak elak pembaziran. Kawan-kawan macam umi tak?

PENJELASAN IRMA HASMIE MENGENAI STATUS DUDA SUAMINYA



Tidak dapat lari, akhirnya Irma Hasmie tampil memberi penjelasan kepada semua tentang status duda suaminya itu. Menurut Irma;
“Baiklah, isu status suami saya tidak menjadi masalah apa-apa pada saya dan keluarga saya. Cuma kami tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang boleh membawa kepada keburukan. Biarlah kita mengajak orang untuk berbuat baik, Insya-Allah, kita akan mendapat pahala, begitu juga jika sebaliknya,”
“Kalau kita buat perkara keburukan dan ramai orang terlibat nanti, takut kita kena tanggung dosa semua orang.Maka sebaiknya kita bersabar dan diam saja. Seperkara lagi, sebuah perkahwinan itu sendiri adalah sunnah besar Rasullullah SAW.
“Seeloknya marilah kita sama-sama berdoa untuk semua yang mendirikan rumah tangga, mudah-mudahan Allah akan memberkati dan menghimpunkan semuanya dalam kebaikan,”
Irma Hasmie berpendapat bahawa selama ini beliau berdiam diri adalah satu tindakan wajar yang perlu dilakukannya. Tambahnya;
“Kalau kita buat perkara keburukan dan ramai orang terlibat nanti, takut kita kena tanggung dosa semua orang.Maka sebaiknya kita bersabar dan diam saja. Seperkara lagi, sebuah perkahwinan itu sendiri adalah sunnah besar Rasullullah SAW. Seeloknya marilah kita sama-sama berdoa untuk semua yang mendirikan rumah tangga, mudah-mudahan Allah akan memberkati dan menghimpunkan semuanya dalam kebaikan,” ujarnya.
#Alhamdulillah, semuanya dah dijelaskan, so tak perlulah media dan peminat nak bergaduh disebabkan perkara ini. Namun dalam pada itu, ada juga pihak yang berkata, punca semua ini mungkin berpunca dari dakwaan “seseorang” sebelum ini yang suami Irma bukan seorang duda. Mungkinkah pihak media tak berpuas hati lalu mengorek semuanya disebabkan perkara ini?

*** pst... mulut orang biasalakan mencari kesalahan orang. Sabarye Irma