Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Sabtu

Gastrik Dan Cara Pencegahan

















Gastrik Dan Cara Atasinya

Gastrik merupakan masalah lazim dan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya, apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
• Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
• Rasa senak, berangin atau pedih
• Rasa tidak selesa
• Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
• Rasa mual (loya) dan muntah
• Hilang selera makan
• Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu :
• Najis menjadi hitam seperti tar
• Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?
Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih rama lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

• Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
• Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
• Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
• Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
• Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Rawatan
Terdapat tiga jenis ubat untuk gastrik iaitu:
• Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil tiga kali sehari
• Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
• Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut.

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan
hilang.

Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa dua minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas tiga atau empat hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:
• Berhenti merokok dan minuman beralkohol
• Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
• Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
• Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
• Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
• Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
• Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan iniberbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.






*** pst sebenarnye umi ada gastrik dimana takleh perut kosong dan cepat masuk angin. Di kala entry ini dikeluarkan umi dalam selimut menahan sakit dan menggigil bagai nak demam.

Resepi Sup Ayam Kegemaran Anak-Anak

gambar cilop dri google
Bahan-bahan:(untuk 3 kali hidangan)


  1. 4 ketul ayam (umi suka ambik yang isi)/
  2. 1 kulit kayu manis
  3. 2 bunga lawang
  4. 2 biji kentang di potong dadu
  5. 1 batang carrot di potong dadu
  6. 1 biji bawang besar di hiris mayang
  7. 2 ulas bawang putih dihiris halus
  8. sedikit halia di hiris mayang
  9. sedikit minyak ( untuk menumis)
  10. 1 kiub ayam
  11. daun bawang (untuk perhiasan)
  12. air (ikut pada korang nak banyak mana kuah)
  13. sedikit pahan perasa(tak elok letak banyak untuk kanak-kanak)
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumiskan hingga naik bau dengan api yang sederhana
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Masak hingga kekuningan
  4. Masukkan air,lobak dan kentang
  5. Biarkan air mendidih sebentar, masukkan pulak isi ayam ke dalam periuk
  6. Masukkan kiub ayam, dan sedikit perasa.
  7. Kacau dan biarkan sehingga kentang dan lobak itu hempuk.
  8. tutup api dan taburkan daun sup.
  9. Siap untuk dihidangkan.
*** inila resepi umi buat. jangankan kata anak-anak suka makan. Ayahnye pun sama suka.

PERKARA-PERKARA MEBATALKAN PUASA


Harap boleh dijadikan rujukan buat orang lain..


APABILA MAMA HAMPIR TERLUPA

Inila akan terjadi kalau selalu amalkan.
Hari ini nasib baik tak terbatal puasa umi.

Selalunyekan kalau hari minggu, time bagi makan anak memang jadi ruti harian.
Suap mulut anak, mulut mama jugak penuh.
Sambil menyelam minum airla kan.

Kalau baru first nak suap umi akan letak dibibir nak rasa panas ke tak nasi tu.
Tapikan tadi mama hampir lupa.
Hampir letak kat bibir nak rasa panas ke tak nasi anak.

Waaaaaaaaaaaaa....
Menjerit mama sekejap.
Nasib baik tak masuk dalam mulut terus kalau tak batal puasa mama.

*** pst.. batal tak puasa mama???

Sahur hari Pertama Yang Simple

Alhamdulillah selesai sudah sahur di hari pertama kite berpuasa.
Anak-anak okey tidak ganggu mama dan ayah makan langsung.
Elok habis makan si abang dah mula merengek.
Rupanya panas badan dah naik semula.

Apakah menu bersahur kawan-kawan hari ni?
Umi simple je.


Rendang ayam.
Macam dah nak raya pulak wat redang bagai.
Ntah tiba-tiba je teringin makan rendang.


Tekur masin wajib ada.
Sebiji je rebus. Rebus banyak-banyak nanti tidak sedap.
Tapi yang tak bestnye telur masin ni confirm yang tengah habis dulu.
Pastu tinggalla tergolek telur putih tu..

Air pulak hanya milo untuk suami, teh'o untuk mama.
Tidak lupa jugak air kosong.

***pst... dah terfikir nak masak apa berbuka nanti???