Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Jadual Waktu Imsak Dan berpuasa Tahun 2012 (shah alam, petaling jaya, gombak.,hulu selangor,hulu langat & sepang)


Dah start puasa wajib tahu bila waktu imsak dan waktu berbuka.
Kalau tak dapat nak tengok online tunggu je depan tv.
Akan adanye keluar waktu-waktu imsak dan berbuka tiap-tiap hari.

Harap anak-anak tidak meragam malam ni.
Si adha pun tidak lagi merengek senang mama nak masak sahur esok.

***pst... alangkah indahnye petang ni balik PERAK boleh bersahur dengan mak di kampung.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Alhamdulillah, esok kite sudah mula berpuasa.
Malam ini sudah mula solat terawih.
Alangkah indahnye dapat menghadirkan diri terawih di masjid.

Apakah menu bersahur kawan-kawan pagi esok?
Makanla puas2 sebab lepas waktu subuh dah tak bleh makan bukan?



Bila sudah mula berpuasa:
  • Kite dah tidak boleh minum
  • Kite dah tidak boleh makan
    Jagala perangai dan tutur kata kite supaya pahala puasa kite tidak ditolak
  • jagala hati kite supaya tidak terpengaruh dengan benda yang tidak elok
  • Banyyak senyuman dari marah tidak tentu pasal
  • Banyyakkan berdoa kepada Allah dan melakukan amalan yang mendatangkan pahala.




***pst... apakah kenangan manis korang dulu-dulu masa mula berpuasa?

First Time Bawak Si Adha Jumpa Dentist


Semalamkan ada citer pasal adha demam.
Dalam demam tu dia asyikla tunjuk gigi dia dan kata sakit.
Nak elakkan sakit umi bagi ubat demam sebab doktor kata ubat demam boleh digunakan untuk kurangkan sakit.

Lepas makan kira okeyla boleh tido. 
Tapi still merengek je, nasibla badankan.
Semalam masih sama panas badan masih ada dan maish tunjuk gigi yang sakit.

Pagi ni terus bawak dia pergi klinik pergigian seksyen 19 je.
Goverment je, tak mampu nak bayar swasta.
Pergi kul 8.30 pagi kul 10 baru masuk jumpa doktor punya la lama.
Adha sudah tak terlayan asyik nak ajak balik.

Bila masuk je bilik doktor dah jadi satu hal dia taknak baring atas kerusi tu.
Jenuh pujuk bagai bagi handset suruh dia tangkap gambar lampu.
Okeyla kejap, siap tunjuk lagi yang mana sakit bila doktor tanya.

Ku ingat kena cabut dah, takut jugak kang habis ubat bius ada jugak yang meraung.
Tapi doktor hanya tampal sebab dia kata gigi adha masih kuat akarnye.
Masa adegan nila adha dah mula meronta.
Kena pegang kepala dia untuk menggerudi gigi dia.
Bila dah habis part tue time nak tampal dia dah taknak.
Mungkin dia fikir sudah habis.

Makanye kena sorang nurse kena pegang kaki dia dan umi pegang muka dan badan.
Berpeluh jugak badan mama yang kurus menahan kudrat anak sulung.
Alhamdulillah akhirnye siap jugak gigi dia ditampal.

Bila turun siap boleh sembang pulak dengan doktor tue.
Hahahaha wat lawak pulak dia padahal punya la marah tadi.

Sekarang bila tanya sakit lagi tak?
"tak dah, tor tak ubat dah"
(tak dah, doktor dh letak ubat)

Pesanan dari doktor kurangkan bagi makan benda manis dan elakkan minum susu tengah malam(time tido)

Berus gigi dengan kerap.

*** pst.... anak korang oke tak jumpa dentist kali pertama?