Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Si Abang Pulak Demam

Macam nak nangis je malam tadi.
Penat tidak hilang lagi kini timbul lagi.
Kalau minggu lepas seminggu si adik demam.
Minggu ni berjangkit dengan si kakak hari isnin hingga rabu.
Semalam dah okey.



Tapi tak sangka pulak nak berjangkit dengan si abangnya.
Malam tadi balik dari rumah pengasuh adha terus cakap:
"ma, a'a mam"
(ma, adha demam).
Siap pegang kepala sendiri.
Tapi mama wat tidak tahu je sebab kat dapur tengah nak masak.

Datang lagi, cakap perkara sama sambil bawak termometer.
Berhenti kejap basuh ikan, layan kerenah si abang nak suruh check suhu dia.
Pegang je kepala dia dah rasa suam-suam baru nak start panas.
Check suhu dia dan nak dekat 38'c.

Terus bagi ubat demam.
Waaaaaaa.... nak nangis je rasa.
Baru 2 tahun setengah dah pandai bagitau demam, siap ambik termometer bagi mama.
Lepas je makan ubat terus baring minum susu+milo depan tv.
Akhirnye zzzzzzzzz.



Tapikan anak-anak umi demam confirm malam akan 2 @ 3 kali jaga.
Malam tadi berapa kali ntahla dia bangun menangis tatkala badan panas.
Nasib baikla twin dah sihat kalau tak haru-biru jadinye malam tadi.
Sudahla ayah takda mama nak handle 3 orang mau pengsan.

***pst... bila cuaca tidak menentu penyakit mula serang.

Nazim Othman Di Hentam Gara-Gara...


Ku sebenarnya tidak la berapa kenal sangat dengan pelakon ini. 
Rupa-rupanye nazim othman ni tengah melonjak naik keran drama Dejavu Kinabalu.


Pagi ni ku bukan blog gosip abang beutifulnara ada keluar gosip ni.
Pasal tweet nazim othman tentang UKM.

"Oleh kerana tweet di atas, banyak pihak terutamanya pelajar UKM yang melahirkan rasa tidak puas hati. Mungkin mereka kecewa apabila universiti kesayangan mereka dikatakan usang oleh Nazim Othman yang sedang mencipta nama menerusi drama Dejavu Di Kinabalu. Namun Nazim Othman ada penjelasannya yang tersendiri." (copy paste dari blog abang nara)



Apa-apa pun nazim othman telah pun memohon maaf di laman tweetnye
kepada warga UKM yang terasa dengan apa yang ditulisnye.
Korang nak tau lebih lanjut klik link kat bawah.

Beutifulnara

Mengimbau Permainan Zaman Kanak-Kanak : Teng-Teng


ASAL - USUL

Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.

Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.

Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.



CARA BERMAIN

Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.

Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.



***pst... korang guna apa dulu waktu nak buat balingan? kaca @ kulit kerang