Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Sebulan Jadual Anak-Anak Akan Berubah


Sabtu dah mula bulan ramdhankan?
Cepat sungguh masa berlalu.
Alhamdulillah masih di beri peluang untuk menunaikan ibadah puasa.

Bila bulan puasa bermula, rutin harian dan jadual kerja pun berubah.
Office umi kalau bulan biasa masuk kerja pukul 8.45pg balik 5.45 petang.
Bila start bulan ramadhan jadual kerja sudah menjadi:
Masuk pukul 8 pagi:
Balik pukul 4 petang.

Cepatkan?
Boleh masak bila balik awal macam tahun lepas.
Rasa membazir membeli sebab makan sorang en suami jarang ada kat rumah.

Yang menjadi kerisauan sekarang ialah jadual anak-anak.
Dorang kena bagun pukul 7 la mulai minggu depan.
Kalau hari biasa kerja jam 8 pagi baru bangun.
Minggu depan dah tak boleh.

Harap-harap anak-anak tak marah kena kejut awal.
Terutamanye si abang (adha).
Kena pujuk bagai sekarang ni sebab dia tak berapa nak duduk rumah pengasuh.
Lebih suka main kat rumah sendiri.



Blog Berwajah Baru


Suka, suka dan suka.
Wah banyaknye suka.
Korang dah lihat wajah blog yang cantik dan menarik ni?

Bagai orang mengantuk di sorang bantal.
Blog yang suram dan tak menarik langsung tiba-tiba di offer oleh kak Rose,
untuk mengubahsuai blogku.
Terus ku terima pelawaan beliau.

Kalau kawan -kawan nak lawat blog kak rose yang lagi super tu klik je kat bawah:



Yehaaa!!!!! Dr Fazley Juara


Kemenangan yang semestinye menjadi pilihan.
Ku tunggu depan tv lagi takut terlepas.
Sambil melayan si kembar kakak yang meragam semalam.

Siapa yang tengok?
Kalau tidak tengok rugi owh.




Memang patut Dr fazley menang walaupun mula-mula dengar komen juri pasal makanan dia tak berapa bagus.
Tapi ku suka dengan makanan yang dia buar betuk angsa tu.
Kreatif giler!!!
Berbaloi dia berlari-lari ke depan dan kebelakang.


Dana terkumpul untuk yayasan jantung malaysia RM 57500.
Alhamdulillah.

*** pst.. tak sabar nak tengok mastercheff pusingan kedua...