Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Perlu Jaga Hati Orang hati Kita Siapa Peduli

Hari ku dah tak tertanggung rasa bila pengasuh lama anak ungkit kembali. hari ku nak luah kat sini sebab ku rasa dah terlalu lama ku pendam dan diam nak tulis n3 tapi tidak tertulis.

Pengasuh lama kini menuduh aku menganayai dirinye. Ku tidak tahu di mana dan sebab apa dia tuduh ku begitu sekali. Bukan ku tak pernah menegur tapi banyak kali. Banyak sebab nanti ku terangkan satu demi satu. Bila ku tukar pengasuh ku pulak di marah sebab kerana aku dia hilang sumber pendapatan.

Sebab pertama :

Ku mula hantar anak-anak awal puasa tahun lepas, sebab pengasuh lama tiba2 tidak mahu jaga anak-anak sebab suami sakit. dan dia mengofferkan diri nak jaga setelah pengasuh lama jaga. Mula-mula jaga ku dah bincang pasal bayaran sama ada dia nak umi bayar ikut harga lama pengasuh atau baru. Tapi dia letak murah dari pengasuh lama. Umi berulang kali tanya betul ke tapi beliau kata betul. Ku terima sebab murahkan. mana nak dapat 3 orang 500 beb.

Hari ni ku bayar gaji beliau untuk yang sepatutnye. Bulan lepas dia jaga hanya 2 hari setelah tolak dia cuti 2 hari. Kalau ikutkan tak sampai 100 ku kena bayar. Sebab apa:

  1. ku bayar gaji (ini pengasuh tu sendiri panggil). 10 haribulan - 10 haribulan akan datang. maknanye tutup buku 10 haribulan la kan. 11 umi bayar gaji. dia jaga dari 12 hingga 13 haribulan. 14 dan 15 umi dah start hantar rumah pengasuh baru.
  2. kalau ikut kiraan 11/ 6 - 10 / 7 ada punyai 4 minggu. so 20 hari. sebab sabtu ahad umi tak hantar anak-anak.
  3. Rm 500 bahagikan dengan 20 hari = rm 25 sehari. Darabkan 25 dengan 2 hari dia jaga makanye kena bayar 50 rgt. Tapi ku tak sampai hatila kan nak berkira begini sekali. Ku bayar 300 tapi dia nak ku bayar harga penuh. 
  4. mana nak dapat. jaga 2 hari nak dapat harga penuh. Orang kaya pun boleh bankrup.
  5. Bila ku tidak mahu bayar mulala di ungkit. Cakap sebenarnye dia ambik bayaran untuk twin je. Adha dia tak caj. Terkejut ku dah setahun dia jaga macam ni pulak dia kata.
  6. Bukan salah umi, awal2 umi dah tanya tapi dia sendiri cakap macam tu bayaran dia.
 Sebab kedua:

Kerap mintak cuti. Kalau ku kerja company bapak sendiri aku tidak kisah kalau kau mintak cuti. Tapi ku ni kuli, pastu keje pulak bukan gaji besar. Ku pernah tegur pasal kerap mintak cuti, tapi macam curah air di daun keladi. tiap-tiap bulan mintak cuti. Ku tak pernah kata tidak boleh itu jugak mungkin kesilapan ku. Sebab tak tegas.

Sebab ketiga:

Penjagaan anak-anak yang tidak berapa ku puas hati. Ku hantar 3 pasang baju setiap anak tapi yang dia guna 1 pasang je setiap sorang. Ku hantar cd/ pempes 6 keping untuk kegunaan dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Yang digunakan hanya 2 keping. Padahal tiap2 kali ambik ku tanya twin adik membuang tak (ada masalah sembelit). Siap bagitahu kakak membuang 2 kali tapi kenapa cd/ pempes hanya luak 2. Tidak tukar ke?


Inila salah satu sebab utama umi tukar pengasuh anak-anak umi. Banyak lagi sebenarnye tapi biarla jadi rahsia umi wat masa ni. Tapi kenapa pengasuh lama boleh menuduh umi mengananyai beliau. Takpela ku terima tapi ku tak mampu lagi nak tatap wajah beliau. Terasa sanagt sampai hati bagai nak retak.

Scha Al-yahya Mengandung?


wah-wah comelkan perut scha.
jangan terpedaya dengan gambar, sebab takkan la kalau scha betu mengandung perut dah begitu besar.
Ini adalah gambar ketika scha melakonkan satu watak dalam satu drama.

Ku pulak tak sabar nak tengok rupa scha kalau betul2 pregnantkan.
Mesti cute macam gambar di atas...

** sumber dari sini