Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Gambar Insan Pak Google
Semalam ku ambik cuti 1 hari untuk pergi ke johor bahru. Ini kali kedua ku jejak kaki ke negeri Johor bahru. Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik walaupun letih akibat perjalanan yang jauh bagiku.

Umi pergi ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru sebab nak pergi hantar adik bongsu umi di sana. Alhamdulillah mungkin rezeki dia untuk berkerja goverment. Kalau umi join interview hari tu mungkin umi jugak dapat.

Kami bertolak dari rumah seawal jam 3 pagi dari shah alam. Start bola tu kami dah siap nak keluar. Gol pertama sempat lagi tengok. Kembar umi tidak bawak. Tinggal kat rumah pengasuh baru. Bukan taknak bawak tapi umi tak sanggup dengar kembar menangis sepanjang perjalanan. Almaklumla  kereta kecil je. Mana nak muat muatan 7 orang kan. Umi bawak adha je. Tu pun letih nak handle kerenah dia. Kalau bawa kembar mau pengsan umi.

Moga di permudahkan urusan adik umi disana untuk belajar. Kalau takda aral melintang 3 tahun lagi ku jejak kaki disana bila hari konvo adik nanti.