Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Perihal Si Anak Bujang.

Lamakan tiada cerita tentang si anak bujang umi tu.
Siapa lagi adha la kan.
Wujud blog ni masa umi pregnantkan dia tahun 2009.
Sekarang sudah 2012 dari cerita yang pakai tulis je(takda idea) hinggala citer pasal anak-anak.

Kembali pada tajuk kat atas.
Alhamdulillah 2 hari lepas genapla usia si adha 2 1/2.
Kejap je masa berlalu pergi.
Sudah besar si bujang sorang.

Di kala usianye 2 1/2 ni dia dah mula kenal pelbagai benda.
Dah boleh kira one -ten.
Dah boleh sebut A for ayam hingga huruf Z tapi masih lupa-lupa.
Sudah boleh baca doa tido.
Dah boleh sebut nama panggilan diri sendiri iaitu "a'a".
Sudah mula potty training.
Yang paling umi sekarang dia sudah mula kenal jalan. 
Macam sekarang, anak-anak sudah di hantar rumah pengasuh baru.
Walaupun baru 2 hari dia sudah inagt jalan nak ke rumah " ibu " baru.
Siap tunjuk jalan lagi "ma sana ma, ma situ ma".
Tiap-tiap kali sampai simpang.
kadang-kadang saje usik dia.
Bila kuar dari rumah umi sampai simpang 3 kalau rumah BS lama simpang kanan bs baru simpan kiri.
Marah dia bila tunjuk sebelah kanan beria-ia dia cakap bukan!!!.
Semua simpang dan jalan dia ingat sampaila depan rumah "ibu" baru.
Alhamdulillah ya Allah.

Layakkah Kite Memasuki Syurga Allah?

Kenapa kita terasa sukar setiapkali ingin melakukan kebaikan dan perubahan? Bahkan kesukaran itu akan lebih terasa apabila kita cuba untuk istiqomah dengan kebaikan.

Kenapa susah sangat kita nak tinggalkan keburukan atau sesuatu maksiat? Kalau boleh tinggalkanpun hanya sekejap saja.

Mungkin ini adalah persoalan yang sering menghantui pemikiran kita hingga kadang-kadang ada yang berputus asa. Berputus asa hingga terpaksa menjadikan dosa sebagai makanan harian.
Ya, kita semua begitu hajatkan syurga Allah dan takutkan nerakaNya. Dalam ceramah saya, kadang-kadang saya laungkan “Siapa yang nak masuk neraka sila duduk!” Anda boleh bayangkan responnya. Kalau peserta atau pendengarnya sudah agak dewasa, pun akan tersipu-sipu bangun. Tidak ada siapa yang mahu dirinya digolongkan sebagai ahli neraka. Namun persoalannya, KENAPA ramai yang masih melakukan dosa bahkan begitu sukar meninggalkannya? Bahkan kadang-kadang kita melakukan dosa-dosa yang sama.

Jawapan ringkasnya mungkin mudah saja; INILAH NILAI SYURGA.
Kata Ibnu Jauzi, mafhumnya  “Orang yang memilih jalan keimanan sebenarnya telah memilih jalan yang paling sukar.” Ya kita telah memilih jalan yang paling sukar iaitu jalan yang telah dipilih oleh para nabi. Sabda Rasulullah SAW “Orang yang paling berat ujiannya ialah para nabi, kemudian orang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut kepada pengikut mereka”.

Kalau begitu, kita yang lemah jiwa ini tentu tidak layak masuk syurga? Kita tidak sehebat sahabat-sahabat yang berjuang bersama Rasul SAW. Kitapun tidak sehebat ulamak-ulamak yang hidup memperjuangkan kebenaran. Kita ini kan orang biasa, bukan sekolah agama pulak tu bahkan ada yang lahir dari keluarga yang jauh dari agama. Adakah kita nanti akan jadi ahli neraka.
Kalau ini yang sedang anda fikirkan maka sedarlah bahawa yang sedang berbisik itu adalah syaithan yang inginkan kita putus asa dengan rahmat Allah Taala hingga akhirnya kita akan bersama-samanya didalam neraka.

Hakikat diri
Inilah hakikat diri kita: Lemah, lupa, sukar menentang arus dan berbagai kelemahan lain. Jangan kita lupa bahawa sahabat-sahabat Rasulullah juga manusia biasa seperti kita bahakan mereka itu kata Syed Qutub adalah serpihan masyarakat jahiliyah yang suka minum arak, membunuh anak perempuan hidup-hidup, berzina dan sebagainya.

Bukankan Allah Taala berfirman yang maksudnya “Demi jiwa dan penyempurnaannya, diilhamkannya fujur dan taqwa.” Ya kita semua memiliki kecenderungan yang sama: Ingin melakukan kebaikan dan keburukan. Bahkan kata Ibnu Jauzi “Kecenderungan melakukan kejahatan itu seperti air yang menuruni bukit manakala kecenderungan jiwa untuk melakukan kebaikan seperti air yang menaiki bukit yang memerlukan satu tenaga tambahan”.

Jadi untuk melakukan perubahan dan istiqomah diatas kebenaran maka kita memerlukan proses tarbiyyah yang betul, murabbi yang boleh dijadikan contoh dan persekitaran yang akan menambah cinta dan ketaatan kepada Allah serta yakin dengan janji-janji dan ancaman-ancamanNya.

Untuk memahami proses tarbiyyah yang betul, saya selalu bergurau tetapi serius “Gilalah untuk baca sirah sebagaimana orang gila novel baca novel, bahkan jadilah lebih ‘gila’ lagi”. Ya, bacalah sirah dengan penuh rindu dan cinta pada Rasul SAW dan orang-orang yang beriman. Mereka adalah contoh-contoh keimanan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik mereka dan lihatlah bagaimana mereka menyerahkan diri mereka kepada didikan atau tarbiyyah Rasul. Inilah intipati tarbiyyah: MANHAJ (SISTEM) Tarbiyyah yang betul sepertimana yang dipamerkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan PENYERAHAN  diri pada tarbiyyah sebagaimana sahabat-sahabat Rasul. Lihatlah bagaimana dengan tarbiyyah sahabat-sahabat RA mengubah diri mereka secara total dengan penuh kerendahan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Dampingilah orang-orang alim yang soleh dan ikhlas. Carilah guru atau murabbi yang ikhlas ingin membantu kita Cintailah ulamak, bacalah buku-buku mereka dan hayatilah sejarah perjuangan mereka. Ziarahilah ulamak-ulamak supaya mereka menjadi lampu-lampu penunjuk jalan kepada jiwa kita.
Dan carilah teman-teman yang soleh yang sanggup menegur kita jika kita terlanjur melakukan kesalahan. Carilah teman yang apabila kita memandang mereka maka kita teringat dan teringin melakukan kebaikan bukan sebaliknya.

Dua sayap
Perjalanan menuju kepada Allah terlalu sukar dan banyak halangannya. Kita tidak akan mampu terbang tinggi menuju redhaNya melainkan dengan dua sayap.

Sayap pertama ialah KHAUF (Takut); selalulah takut-takutkan hati kita dengan azab neraka yang jamuan keraiannya ialah buah Zaqqum, bahan bakarnya ialan manusia dan batu serta api nyalaan yang berpuluh-puluh kali ganda lebih panas dari api dunia. Takut-takutkan jiwa kita dengan saat pertemuan dimana ada wajah-wajah yang putih dan ada wajah-wajah yang hitam, ada wajah yang berseri-seri bahagia dan ada wajah yang bermuram durja. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith lalu hayatilah hakikat-hakikat ini hingga kita terasa takut dan minitiskan air mata.

Sayap yang kedua ialah Roja’ (Harap); Yakinlah dengan pengampunan Allah dan rahmatNya. Allah tentu sekali tidak akan menzalimi kita bahkan terlalu kasih kepada kita. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith, tentu hati kita akan terpegun apabila melihat betapa Allah itu maha Pengampun. Janganlah sekali-sekali kita berputu asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.


*info from blog INI

Office Politics


Perangai manusiakan mesti ada kena dengan salah satu gambar kat atas.
Gambar insan dari pak Google.