Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Dilema Pengasuh Yang tidak Pernah Habis

Bukan nak merungut tidak bertempat tapi sabarku ada hadnye.
Tiap-tiap bulan payment di bayar penuh tak potong 1 sen setiap kali dia cuti.
Tak mintak di gantikan di hari minggu menjaga anak2 ku di kala ada hal.

Bak orang cakap "diberi betis nak peha".
Bukan sekali dua ku kena tapi banyak kali.
Tapi ku diamkan diri.

Bukan senang nak cari pengasuh yang murah zaman sekarang.
Tapi kalau mahal puas hati tidak kisahlakan.
Murah pun takpe janji keje jalan.

Pengasuh baru ini, tahun lepas mula2 jaga my twin dan adha okey je.
Jarang mintak cuti.
Payment pun dia kata tunggu gaji suami sebab gaji ku tak usik untuk BS.

Tapi sejak 2 menjak ni kerap benar cuti.
Boleh katakan tiap2 bulan dia mintak cuti.
Kalau sebab yang munasabah takpela kan.

Macam minggu lepas dia cakap nak balik kampung ada kenduri pagi tu.
Tiba-tiba dia kol ahad baru ni cakap anak dia patah tangan jatuh main bola.
Kejadian pagi yang dia kata nak balik kampung, nampak sangat dah kantoi kat situ.
Dah semalam tak pasal2 bergilir dengan suami menjaga anak.
Takkan ku pulak nak mintak cuti lagi.

Hari ni, dia jaga walaupun anak masih kat wad.
Tapiku pulak rasa bersalah sebab suruh dia jaga dalam keadaan macam ni.
Tapi nak wat macam mana kalau tak suruh dia jaga ke mana pulak ku nak letak anak-anakku.

Memang niat nak tukar pengasuh.
Ku dah cuba tapi my twin bukan jenis nak dengan orang.
Kesian pengasuh yang ku cuba takleh wat keje lain.
Twinku melalak 1 hari.
jadi nak ke tak nak kena bertahan dulu dengan pengasuh yang ada.

Jangan Samakan Boleh?


Punyai anak kembar bukan untuk di jadikan rungutan tapi harus di jadikan pujian.
Bukan semua boleh dapat walaupun kadang-kadang punyai keturunan kembar.

Punyai anak kembar tidak sama dengan punyai anak kelahiran single.
Kerenah, sakit dan penjagaan adalah sama sekali tidak sama dengan punyai anak sorang.
Kenapa umi cakap begini?


  1.  Anak kembar berlainan kerektor sama ada kembar seiras atau pun tidak. Macam twin umi, sorang cengeng dan kuat sakit tapi sorang lagi cool dan kuat beralah dari segi sakit or perangai.
  2. Dah kata kembar mesti sakit tu berjangkit. Tidak kisahla selang berapa hari baru naik tapi confirm akan berjangkit.
  3. Punyai anak kembar corak penyusuan kadang-kadang sama kadang tidak. So twin umi selang sejam akan bangun nyusu setiap sorang. So berapa jam umi dapat tido tiap-tiap hari?
Umi bukan nak merungut penjagaan anak-anak umi rungut pun apa yang umi dapat?
Dorang tetap anak-anak umi yang umi sayang.
Cuma umi agak terkilan bila orang samakan dorang dengan umi.

Buat pengetahuan kawan-kawan tiap hari umi yang jaga anak sendirian tanpa bantuan suami.
Yea, suami umi bukan keje office hour tapi drebar lori je.
Tapi bersyukur sebab itu punca rezeki kami.
So, tak hairanla kalau umi sakit.

Adakah orang yang pertikaikan itu tahu susah senang penjagaan 3 anak masih kecil sendirian.
Tanpa bantuan sesiapa, sama ada bibik or suami?

Dekat sini umi nak tekankan bahawan:
tiap-tiap orang bukan sama dalam penjagaan anak. ada yang senang dan ada yang susah.
Tiap-tiap anak adalah lain karekter bukan sama dengan semua kanak-kanak.
Fikir-fikirkanlah.