Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Tempat Si Abang Membuat Baja


Kalau si abang nak buat baja dia akan lari jauh dari mama.
Takut busuk kot.
Kalau dia tiba-tiba lari jauh tengah main atau makan maknanye tengah membuat baja la tu.

Salah satu tempat kegemaran dia adalah celah rak tv kecik tu.
Kat atas tu dia tengah main bole tiba-tiba dia berdiri celah rak sambil meneran.
Sah-sah dia tengah membuat baja.


Ni dah sudah buat baja.
Mata masih dok tengok BabyTv.
Habis je lagu baru dia ajak gi basuh.
"ma, cuh ma, bucuk a'a yak".

Tahu pulak geli yea.
Alahai anak..

Part 2 Kembar Seiras : Tempat Tido

Kalau sebelum ni umi ada menulis macam boleh kenal adik kakak di SINI.
Kali ni umi nak ceritakan tentang tempat tido dorang.

Umi takda beli katil baby pun untuk anak-anak umi,
Semua hanya duduk atas tilam.
Tak mampu nak mama beli tambah pulak kembar kan.
Semua barang nak double.



Ini gambar selepas keluar wad.
Letak sebelah-sebelah je walaupun masih takut tertukar.
Tapi alhamdulillah memang tak tertukar coz memang berbeza muka dorang.
Inila tempat tido dorang bila balik ke rumah.



Ini pulak gaya tido dorang ketika umur sebulan.
Masih sebelah menyebelah walaupun dah makin lasak.
Serius umi cakap twin umi tak boleh tido jauh salah sorang confirm tak nyenyak tido.
Gambar ni masa baru balik dari hospital taiping.



Ni masa dah habis pantang.
masih sebelah menyebelah tido. 
Atas satu tilam yang panjang di kongsi dua.
Twin kecik je boleh duduk 2 orang atas tilam tue.



Ni masa umur 3 bulan atas toto je.
Masih sebelah menyebelah tido.
Masa ni dorang tak mengamuk lagi nak tido buai.

Sekarang kembar umi dah tido buai sorang satu.
Mana boleh kongsi satu buai tido 2 orangkan.
Makanye rumahku ada 2 buai tetap sebelah menyebelah letak buai tu.
Janji dorang lena sudah, tak payah susah nak beli katil baby sebab bagi umi mebazir.