Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Usia 2 Tahun 5 bulan Nak Mengenal Huruf

Alhamdulillah ya allah.
Di kala usia adha nak mencecah usia 2 tahun 5 bulan dia dah mula mengenal huruf ABC.
Tapi hanya sampai H je la dulu.
Siap boleh sebut a = ayam dan sampai la huruf H dia boleh ingat untuk apa.

Berkat mendengarkan cd huruf dan abjad jawi adha dah mula mengenal sedikit sebanyak abjad ketika ini.
Bukan ku nak banggakan anak sendiri.
Tapi cukupla buatku gembira kerana di usia belum 3 tahun dia dah mula mengenal.
Tak salahkan kite mengajar dari kecik.

Hanya satu je kelakar bila dia sebut huruf ABC ni :

A = ayam
B = sepak
C = cak(cicak)
D = aun (daun)
E = emak
F = feri
G = Ajah (gajah) 
H = Harimau

Apa yang pelik kat atas tue????






Sebenarnye B adalah untuk bola tapikan dia sebut "SEPAK"....

adoila anak...