Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Mengamuk Secara Berjemaah

Tension & pening kepala mama.
Makin kuat rambut mama gugur.
Sekarang anak-anak mama pandai mengamuk secara berjemaah.

Adoila anak..
Letih dah mama tak terlayan mama nak oit.
Ambik si adik, kakak mengamuk.
Ambik kakak adik pulak mengamuk.
Layan kembar si abang pulak menjerit nak itula inila.

Last-last mama buat nangis dorang pulak diam.
Tapi takkanla nak pura-pura nangis sampai letih.
Sabar jela...



Meragam Sampai Ke Pagi

Assalammualaikum.
N3 Pembuka di bulan april.

Umi nak ceritakan perihal kembar umi yang umi tidak tahu kenapa.
Asal keluar je jalan waktu malam dalam kul 8 sampai kul 9 malam balik mesti nangis sampai ke pagi.
Bukan balik tak cuci dulu badan dan tukar pakaian.
Semua dah umi buat.

Tapikan bila dia tido, kejap-kejap bangun nangis.
Bagai nak cabut nyawa.
Tapi mata pejam.

Bila dah jadi macam ni, twin kalau nangis tak muntah memang tak sah.
Fesyen dah anak-anak umi ni
Angkat basuh muka, bacala ayat apa yang patut.
Tido la lena kejap dalam sejam pastu nangis lagi.
Tension mama!!!

Itu sebabla umi dengan suami jarang sangat nak bawak anak-anak keluar malam.
Kalau balik kampung singgah R&R kejap je janji jangan bawak turun dorang dari kereta.
Kalau bawak turun akan jadi macam ni la...

Ada tak anak-anak korang jadi macam ni.???