Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Tanggapan Negative Mengenai CD <' '> Buang Jauh-Jauh

Sedar tak sedar dah hamoir 40 keping koleksi CD my wiwin.
Alhamdulillah makin jimat duit poket.
Makin kurang sampah.

Tak nyusahkan diri ke nak basuh lampin ni? Pakai DD kan senang.
Inila ayat yang selalu umi dengar dan umi jugak pernah cakap waktu dulu :)

Yes, mula-mula umi pun berfikir macam tu.
Why, nak susahkan diri balik kerja dah la penat.
Nak layan anak2, nak masak, dan segala kerja banyak lagi nak buat.

Siapa cakap CD menyusahkan?
Dari segi modal???
Yup! memang banyak wang kena keluarkan tapi amat berbaloi-baloi.
Boleh pakai lama dan berulang kali tanpa perlu membuang ke dalam tong sampah..

Basuh susah?
Sapa kata susah, senang je. Kalau baby poo poo pancut je bawah air laju bagi hilang najis tue.
Pastu masuk mesin biar dia jalankan kerja..
Senang tak???

Kualiti tak sama dengan DD?

Ini umi yakin pada CD 100%. Anak umi pakai DD kerap sangat merah kat punggung.
Yeala mampu beli yang murah je, mahal tak mampu,twin semua double.
Tapi alhamdulillah walaupun pakai CD jenama biasa je kulit wiwin alhamdulillah okey.
Takda lagi merah,


So apa lagi kawan-kawan. Jom pakat cuba pakaikan anak2 dengan CD.
Banyak yang cantik-cantik. 
Kite pakat ramai-ramai selamatkan bumi dari pembuangan DD..

Check Up Setahun Wiwin >_< Sendirian Dengan Mama

Alhamdulillah, genap sudah usia anak dara wiwin umi setahun ahad lepas.
Makanye, kenala gi cucuk setahun hari ni.
Mama sebenarnye dalam dilema pagi tadi.
Nak bawak ke tak, bukan apa suami takda so macam mana nak bawak wiwin gi cucuk.


Akhirnye setelah berfikir habis, kul 8.30pg umi gerak dari rumah.
Hantar si abang rumah bs terus pergi ke klinik kerajaan seksyen 19.
Reaksi bila pergi klinik semua mata memandang si wiwin.
Soalan yang selalu di tanya:
  • kembar ke?
  • Keturunan sebelah sapa?
  • alahai keciknye anak..
    mintak sorang boleh???
So, mama dh lali dengan semua soalan kat atas tue.
Jawab dengan senyumam.

Wiwin mama anak yang baik. Tak meragam cuma sesekali je merengek nak susu.
Adik paling baik hari ni. Tak minta didukung mcm kakak.
Kakak tak sihat. demam tapi tak tinggi.
Asyik nak dukung je. Letih mama.

Hasil timbang hari ni kakak dah naik 7.5kg.
Patutla makin bolat. Dah penat mama nak dukung lama2.
Si adik kecik lagi baru 6.9kg. Jauhkan beza kakak dengan adik.
Jangan ingat umi tak bagi makan tau.

Adik ni kuat makan dari nyusu. Bagi je la apa pun dia makan je.
Kakak memilih, lebih suka biskut dan susu.
Kalau nampak botol kat bawah, dia tak kisah susu sape janji dia dapat minum.

Berbalik kepada checkup tadi, adik je dapat hadiah dari nurse iaitu "cucuk sejarum".
Menangis kejap je. Pastu diam.
Masuk stroller bagi susu terus tido.

Kakak next week kena gi cucuk coz demam tadi..
Takpela janji anak mama sihat sudah.

Ty wiwin mama memberikan kerjasama yang terbaik kepada mama tadi.
Good for mama berani bawak anak sendirian ke klinik.