Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

WW - Erm, Terkilan Makanan Ku Habis Di Makan Orang.


Walaupun dah ku simpan di dalam laci tetap di makan.
Erm, takpela mungkin takda rezeki.
Tapikan kalau dah tau makanan orang takkanla nak habiskan kot.


Hina Sangat Ke Janda!?... ( I Love My Mum)

 Yea, di sini memang umi nak bercerita bukan nak buka pekung di dada.
Tapi biar orang sedar tak semestinya janda itu hina.
I respek my mum.
Tapi jangan hina mak umi janda.
Aku lebih kenal siapa diri mak aku sebenar dari "kau".

Walaupun my mum memegang status janda sejak usia aku 1 tahun.
Mak aku mampun cari rezeki yang halal. 
Tanpa meminta dengan sesiapa pun.
Kau tahu, kami adik beradik bergilir pergi sekolah kerana duit tak mencukupi.
Kau tahu!!! kami berkerja menolong mak mencari pendapatan.
Asal ada kerja kami buat. 
Kawasan kampungku memang buat bermacam-macam projek.
Kami ambik upah  menyiang ikan hanya Rm 5 untuk 10kg.
Ambik upah buat kuih raya time puasa untuk membeli baju raya tiap-tiap tahun.
Ambik upah kupas pisang setandan hanya berapa ringgit.

Ada kau tahu semua tu.
Ayah!!!!!!!!!
Hilang ntah kemana. Wang ringgit tak pernah di hulurkan.
Itu sebab umi tak berapa suka ayah walaupun bila dah besar ni dia mula mencari anak-anaknye.

Please jangan di hina mak umi.
Mak umi adalah satu-satu nyawa umi yang ada.
Mak umi tak kacau dia "kau".
Sedarla!!!
Family "kau" pun memegang status yang sama.
Tapi sedikit pun tak pernah ku menghina.

Sedarla yea. Umi malas dah nak naik angin dengan "kau".