Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Ayah Tiada Mama Boleh Layan Anak-Anak

Bercuti 4 hari kemana kalian semua pergi???
Umi dengan anak-anak hanya dok di rumah je. Suami tak cuti.

Bila dok dalam rumah lama-lama kadang pun cepat naik cemuh.
Jangankan orang dewasa anak-anak pun mudah meragam bila hari-hari kena kurung.
Sejak dah boleh bawak kereta sendiri ni, umi akan cuba hiburkan anak-anak bila time cuti.
Tak kemana sangat pun. Hanya gi taman belakang rumah takpun ke Dataran Shah Alam.
Satu lagi tempat iaitu Tasek Shah Alam.
Itu je mama tau. Jauh-jauh mama tak berani.

Alahamdulillah anak-anak happy bila dapat keluar.
Tak mengamuk bila terkurung je dalam rumah.
Terutama si adhala. Kalau terkurung je macam-macam perangai di buat.

Layan gambar -gambar di bawah yea:

Si kaka yang asyik kena buli dengan adik dan abang.

Si adik yang makin nakal dan manja.

Mata yang cantik buat mama.

Si chicky mama.

Abang yang makin membesar dengan pelbagai kerenah.






Bila dah mula bosan kembar dah mula berperangai "cantik".
Si kakak dah angkat kaki adik dah berpusing-pusing dalam stroller.

Apa lagikan terus balik rumah jela...