Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Insiden Yang Sama Tahun Lepas Kena Lagi Tahun Ini


Kalau korang ingat lagi insiden si adha bergoleh jatuh tangga malam tahun baru.
Link INI.
Kalau insiden tahun lepas berlaku malam tahun baru.
Insiden yang terbaru berlaku sehari sebelum tahun baru.

Insiden tahun lepas tiada apa kecedaraan di alami.
Kali ini parah walaupun tangga hanya punyai 3 anak tangga.

Baru terjadi kejadian ini malam tadi.
Semasa berada di rumah MIL dan sedang sibuk bersiap nak balik.
Budak dengan tangga memang takleh pisah.
Di larang sekali hanya dengarnye seketika.
Baru pusing sekejap sahaja nak ambik barang atas rumah dah bunyi benda meletup.
Disertai jeritan MIL di bawah.

Kepala si adha terhantuk di simen tangga.
Ingatkan tiada cedera.
Suami angkat ku tengok adha dah cekup kepala dengan tangan lalu di bawa ke FIL.
Bila tangan di buka menitik-nitik darah jatuh.

Menangis tidak usah di ceritakan lagi.
Air mata MA pun mengalir.
Luka agak dalam,darah berhenti dengan cepat setelah diubati dengan FIL.
Tidak nampak bengkak cuma adha kelihatan pening.
Masuk kereta tiba-tiba suruh kuatkan radio.
Pastu cakap nak nari.

Tidak sampai 5 minit naik kereta dia dah lena.
Tidak singgah di klinik cuma pantau dirumah.
Agaknye kalau pergi klinik confrim berjahit.
Suami tak bagi, just singgah ambik ubat demam.

Pagi ni dia aktif sangat.
alhamdulillah.

Jumaat

Menjawab Pertanyaan Yuyu

Yuyu berkata...
salam, saya terjumpa blog ni while saya sdg browsing psl leher bayi yg melecet..n suddently jumpe your blog, dari pic your baby ni mmg sebiji mcm anak i sekarang..bdn mmg semangat..so leher selalu merah2 n naik ruam2 ni..pegi klinik doctor bagi cream hydrocortisone, bile pakai terus kulit anak bertukar jadi putih dah jadi cam panau2..bedak sensei penah letak sebelum tu tapi jadi lagi teruk..lagi merah n berbiji2 naik mcm peta bengkak die..nak tanye camne mama ubati penyakit anak mama ni dulu ye? kalo boleh share..tq ;)



ini adalah soalan dari yuyu berkenaan entry ini:





Dalam entry itu MA ada bertanyakan cara nak ubati penyakit anak MA (dlm gambar).
Pelbagi cara MA guna bedak, tepung, shampoo semua tak jalan.
Pergi klinik tidak usah diceritakan lagi.
Pelbagai jenis ubat dapat tapi tetap berair dan merah makin teruk.

Nak dijadikan cerita, masa kembar umur 4 bulan kena tahan wad coz demam panas.
Kat sana baru MA dapat tahu caranye.

Doktor pakar cakap setengah budak alergik dengan sabun,shampoo dan bedak.
So seminggu dekat wad anak MA tak dibenarkan pakai langsung barang2 tersebut.
So orang kata mandi koboila kan.
Baby bukan pandai main kotor lagi so takyah risau baby berbau.

Seminggu dok sana MA tak pakaikan alhamdulillah makin elok dan kering.
Sampai sekarang twin MA kurangkan had penggunaan produk ini.
Kalau kerap pakai kulit dorang akan nampak merah.
Pakaila jenama apa pun memang akan nampak merah kalau penggunaan terlalu kerap.

So, kepada yang anak jadi macam ni cubala apa yang MA katakan.
Insyallah akan hilang.




Jumaat Yang Terakhir


Assalammualaikum dan selamat pagi .
Wah sedar tak sedar kite sudah di penghujung tahun 2012.
Hari ini pulak adalah hari jumaat terakhir di tahun 2012.
Kaum lelaki pulak hari ini adalah solat jumaat terakhir bagi tahun 2012.

Banyak kenangan dalam tahun 2012.
Suka-duka semua bercampur.
Tahun ini jugak ku berkerja di tempat baru.
Tahun ini jugak ku jugak menjalankan bisness sampingan yang insyallah akan bertambah maju.
Cecah barang jualan dah lebihi 500 botol..
Alhamdulillah rezeki dari Allah.



Selasa

Majlis Perpisahan.

Biar gambar bercerita.


Bergambar kenangan bersama staff tempa kerja lama buat kali terakhir.


Menerima cenderahati dari big boss..



Kembar with kawan mama.

Gambar ni masa majlis perpisah MA di office lama.
Lama sudah gambar ni terperam dalam handset.

Kerjaan Di Dalam Kereta


Habis cd mama dorang punggah.
Cd tu sebenarnye duduk kat atas.
Tapi asyik dorang punggah je mama letak dalam laci kereta.
Tapi sekali dorang pandai bukakla.
Jawabnye habis rosakla.

Radio pun dah tak nyala lampu dah.
Tapi nasib baik masih berfungsi bila dengar radio dan cd.

Keganasan kembar lagi hebat dari abangnye masa kecik.
Keganasan secara berjemaah.

Isnin

Si Tepung Gomak


Inla rupanya bila lepas mandi. 
Suka sangat main bedak. 
Dah sapu cantik-canti di tokok tambah lagi kat muka.
Dah jadi macam tepung gomak.

Mama, Abang, Kakak Dan Adik

= Mama dengan abang =


= Mama dengan kakak =


= Mama dengan adik =

Gambar dalam kereta petang semalam.
Masa pergi menghantar sabun orang di R&R Sungai Buloh..



Khamis

Si Hero Kesayangan


Inila hero kesayanganku.
Si bulu mata lentik hidung kemek.

Manjanye lebih dari adik-adiknye.
Pandai request dah nak pakai baju apa,
Kalau tak kena merajuk sukar di pujuk.

Pandai mengadu dekat opahnye.
Tiap-tiap kali telefon opah ngadu bagai.
Kalau tanya makan nasi lauk apa.
Asyik ayam je jawapan dia.

Tapi apa pun kerenahnye MA tetap sayang.

Gaya Tudung





Jangan bosan tau.
Nak interframe muka sendiri.

Rabu

Gambar twin Latest


Twin si adik ni memang cukup ceria.
Pantan suruh bergambar laju je pergi.
Taknak dengan orang pun ye jugak
Tapi kalau bab bergambar laju je dia pergi.

Kuat cemburu.
Tidak boleh mama pegang anak orang lain dan abangnye.
Kuat menangis jugak.
Kadan-kadang sampai biru muka.


Twin si kakak paling garang dan pendiam.
Sama jugak macam adiknye.
Suka bergambar.
Pelbagai aksi yang dorang bagi.

Kuat menggigit.
Mangsanye adalah adiknye.
Tapi bila dia yang kena meraung macam nak pecah rumah..

*** ada yan rindu citer dalam blog ni ke... lama betul tak update..

WW - Kembar Bertemu Kembar


Kembar MA pakai baju pink tu.


Baju kelabu anak geng kelab kembar.

Klik nama mama kembar tu.
Cantik tau baju budak dia jual..