Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

HAMPIR PENGSAN

Salam sahabat. Uik dah kurang entrykan blog MA ni. Ya Ampun apala nak jadi. Bukak hari-hari tapi idea nak menulis tu takda. Gambar banyak dalam handset pun ad idea nak menulis.

Hari ni MA nak cerita tragedi yang baru berlaku semalam. Kalau sapa add facebook MA mesti tahu apa yang terjadi. Gugur air mata akibat kes ini. Kecut perut takut kehilangan berlaku dalam hidup MA.

Siapakah yang "hampir pengsan". Tidak ku jangka dari hanya menangis biasa bertukar kebiruan akibat selak(menangis tanpa suara) hampir 30 saat mengundang padah. MA memang takut bila dia start nangis dan lambat pujuk. Inila yang akan terjadi. Tapi selalu tak lama angkat pujuk dia diam. Tapi semalam tidak sama sekali pujuk menjadi.

Apabila dia menangis begini lama sampai kebiruan muka dan bibir, MA jelum muka dengan air pun dia taknak berbunyi jugak nangisnya. MA goncang badan dia pun tetap tak menjadi. Pujuk pun tak menjadi. Dan akhirnye dia sendiri berhenti dan lembik seperti "kain buruk". Lentok kepala seperti pengsan sekejap.

Hanya Allah yang tahu perasaan MA. Mengucap panjang MA bila melihat dia lembik seperti itu. Dia bukak mata tapi seperti orang lali. Pusing kiri kanan macam berada di tempat baru. MA kol suami bagi tahu dan MA terus ke klinik untuk pastikan dia okey. Bukan apa dia ada asma MA takut dia kekurangan oksigen. Masa ontheway gi klinik dia dah okey sikit. sampai klinik aktif kemain.

Alhamdulillah doktor kata dia okey dan kena pantau jangan sampai dia nangis begitu lagi. Dan kena pantau sorang lagi jangan bagi dia menggigit lagi. Jadi begini sebab dia kena gigit oleh pasangannye. Mungkin terlalu sakit sampai dia nangis tak bersuara.

Dapat teka tak siapa yang MA maksudkan yang menangis sampai hampir pengsan???


Mestila si adik(aqilah) yang menangis. Dia memang ada peel menangis selak orang tua2 cakap. tapi tak teruk sangat. Tapi semalam memang paling menakutkan hampir pengsan gara-gara kakak(atiqah) menggigit dia suka2 sampai berbekas 10 batang gigi. Ku rasa sakit sangat sebab ku kena pun ku menjerit tambahan anak kecil..

Any tips untuk elakkan kejadian gigit dan selak berlaku??? kalau ad share kat MA pls

Tiada ulasan: