Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

HAPPY BIRTHDAY MY SON

 
Sebenarnye wish nak dah terlewat nak di tulis.
Tapi takpela MA nak jugak wish.
Sebab apa MA lambat buat entry itu biar MA sendiri yang tahu dan simpan
 
Pada 26 November 2012.
Genapla usia my little hero yang sorang tu 3 tahun.
Alhamdulillah Tuhan masih panjangkan umurku untuk menjaga anak ku sehingga usia sebegini.
 
Adha, sekarang dah makin bijak berkata-kata.
Manja pun lebih dari adik-adiknye.
Mungkin dia tahu dia anak lelaki sorang dalam keluarga kecil ini.
 
Pandai mengadu no 1, pandai mengamuk pun bagi kat dia jugak.
Tapi senakal mana kamu, kamu tetap anak kesanyangan mama.
 
Buat anak mama:
 
Mama ucapkan selamat hari jadi yang ketiga.
Semoga menjadi anak yang soleh.
Pandai menjaga adik-adik bila besar nanti.
Kurangkan sifat mengamuk dalam diri sebab mama letih nak melayan.
Belajar pandai-pandai biar menjadi manusia yang berjaya.
 
I LOVE U Muhammad Dzal Adha

Rabu

HAMPIR PENGSAN

Salam sahabat. Uik dah kurang entrykan blog MA ni. Ya Ampun apala nak jadi. Bukak hari-hari tapi idea nak menulis tu takda. Gambar banyak dalam handset pun ad idea nak menulis.

Hari ni MA nak cerita tragedi yang baru berlaku semalam. Kalau sapa add facebook MA mesti tahu apa yang terjadi. Gugur air mata akibat kes ini. Kecut perut takut kehilangan berlaku dalam hidup MA.

Siapakah yang "hampir pengsan". Tidak ku jangka dari hanya menangis biasa bertukar kebiruan akibat selak(menangis tanpa suara) hampir 30 saat mengundang padah. MA memang takut bila dia start nangis dan lambat pujuk. Inila yang akan terjadi. Tapi selalu tak lama angkat pujuk dia diam. Tapi semalam tidak sama sekali pujuk menjadi.

Apabila dia menangis begini lama sampai kebiruan muka dan bibir, MA jelum muka dengan air pun dia taknak berbunyi jugak nangisnya. MA goncang badan dia pun tetap tak menjadi. Pujuk pun tak menjadi. Dan akhirnye dia sendiri berhenti dan lembik seperti "kain buruk". Lentok kepala seperti pengsan sekejap.

Hanya Allah yang tahu perasaan MA. Mengucap panjang MA bila melihat dia lembik seperti itu. Dia bukak mata tapi seperti orang lali. Pusing kiri kanan macam berada di tempat baru. MA kol suami bagi tahu dan MA terus ke klinik untuk pastikan dia okey. Bukan apa dia ada asma MA takut dia kekurangan oksigen. Masa ontheway gi klinik dia dah okey sikit. sampai klinik aktif kemain.

Alhamdulillah doktor kata dia okey dan kena pantau jangan sampai dia nangis begitu lagi. Dan kena pantau sorang lagi jangan bagi dia menggigit lagi. Jadi begini sebab dia kena gigit oleh pasangannye. Mungkin terlalu sakit sampai dia nangis tak bersuara.

Dapat teka tak siapa yang MA maksudkan yang menangis sampai hampir pengsan???


Mestila si adik(aqilah) yang menangis. Dia memang ada peel menangis selak orang tua2 cakap. tapi tak teruk sangat. Tapi semalam memang paling menakutkan hampir pengsan gara-gara kakak(atiqah) menggigit dia suka2 sampai berbekas 10 batang gigi. Ku rasa sakit sangat sebab ku kena pun ku menjerit tambahan anak kecil..

Any tips untuk elakkan kejadian gigit dan selak berlaku??? kalau ad share kat MA pls

Khamis

KEGANASAN SI KEMBAR MENGALAHKAN SI ABANG


Remote yang kedua.
Baru pakai 3 bulan dah rupa ini jadinye.
Ganas tak kembar MA...

Jumaat

SABUN DYNAMO MURAH...


Salam teman-teman dan pembaca blog MA...

MA ada buat perniagaan kecil-kecilan sabun dynamo.
Satu bekas ada 10 kg...

Kaler dan bau sama sahaja dengan yang di jual di luar.

Harga sebotol RM 30.
Ambik banyak boleh di kurangkan lagi.

Nak beli secara borong pun boleh dengan pembelian minumum sebanyak 10 botol...

Berminat?

Sila hubungi saya di no 010-426 3496 @ whatsap...