Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

TIDAK BOLEH TINGGAL BERDUA KEMBAR

Wah dah masuk hari rabu, hari ni baru nak berceloteh kat dalam blog. Mood nak menulis ntah kemana menghilang. Padahal banyak citer nak dikongsikan. Kali ini MA nak citer lagi pasal kerenah si kembar. 

Kembar MA tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan sekarang ni. Ada sahaja benda dia nak di buat oleh 2 beradik ni. Terutama sekali aktiviti menggigit. Ya, ampun aktiviti ini dah jadi rutin. Mangsanye adik. Pembuatnye adalah kakak.

Berderau darah bila dia menggit sampai kulit terkoyak tau. Sabtu baru ni, MA tinggal kejap je nak masuk toilet. Baru je masuk tak sampai 10 saat dah dengar adik menangis. MA biarkan sekejap nak lepaskan hajat. Lagi lama MA dalam toilet lagi kuat sampai dah tak keluar suara adik. Kelam-kabut MA keluar. Bila pergi tengok adik tengah menunjal kakinya. Dan si kakak tengah menggigit tapak kaki. 

Ya,Allah. Mengucap panjang. Si adik berusaha melepaskan diri dari gigitan si kakak. Korang bayangkan berapa kemas dia gigit. Sampai si adik tendang dia taknak melepaskan lagi gigitan dia. MA tanpa maja pipinya baru lepas. Si adik sudah teresak-esak. Sampai muntah dia menangis. Bila MA belek kaki dia tengok dari peha sampai tapak kaki penuh dengan kesan gigitan. Yang paling teruk dekat betis, samapi terkoyak sedikit kulit. Nampak jugak sedikit darah.

MA sapu dengan minyak gamat. Sekarang alhamdulillah makin kering. Ada masa MA letak gambarnye sebab handset baru dah berada dalam tangan. Sekarang si adik fobia dengan si kakak. Pantang nampak kakak tunduk je kepalanye. 

Korang ada tips tak nak elakkan aktiviti menggigit ni.???

2 ulasan:

:: Mrs.SyahNia :: berkata...

salam pkenalan ;))

bestnya bila tgk twins mmbesar kan..
insyallah ain pun akn mnerima kdtgan twins tak lama lg..bole lah mntak pndangan pnjgaan dr kamu..hihi

gusinya gatal nk tmbuh gigi kot..tu yg mnggit je..

Nens Collection berkata...

ololo..siannyer ken buli dek kakak ye..budak2 kan kak..lg pon kecik lagi..xth nk train camne..

anak sy yg dh 2thn 6 bulan pon gigit lagi kak..skali warning skali x buat,..lps tu buat lagik..huhu

bagi die mainan lembut2 tuk gigit tu x jalan ek?